Dengan Aplikasi Sooka SAHAJA Anda Boleh Tengok Bola Liga Super Malaysia 2023

Dengan Aplikasi Sooka SAHAJA Anda Boleh Tengok Bola Liga Super Malaysia 2023

Nampaknya Astro bukan main-main kalau jadi penyiar rasmi. Kali ini setelah mendapat hak penyiaran untuk Liga Malaysia musim 2023, Astro menyediakan pelbagai platform untuk memudahkan orang ramai terutamanya peminat bola sepak untuk tengok live match dan salah satunya adalah menerusi aplikasi Sooka.

Kalau 10 tahun dulu ketika Astro mendapat hak penyiaran, orang ramai yang nak menonton perlawanan siaran langsung Liga Super tidak boleh tidak kena langgan Astro dan terpaksalah ikat kontrak sehingga 18 bulan. Kini yang terbaru, semua perkara itu tidak perlu lagi kerana ada alternatif untuk anda semua.

Yang paling penting, tiada lagi kontrak yang anda perlu hadap apabila anda melanggan menggunakan aplikasi Sooka sahaja. Erti kata lain, anda langgan satu bulan dan jika tidak berminat, anda boleh cancel langganan pada bila-bila masa sahaja. Jika berminat, langgan semula.

Selain Astro, RTM juga dapat hak penyiaran untuk perlawanan bola sepak bermula Perlawanan Sumbangsih, Piala Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Selain saluran berbayar Astro seperti di Sooka, RTM juga ada tayangan live match tetapi secara percuma.

Jika di RTM adalah menerusi saluran TV2, TV Okey dan Sukan RTM. Selain di tv, boleh strim di rtmklik.rtm.gov.my aplikasi RTM Klik mobile. Download di play store atau app store.

Kesemua 244 perlawanan Liga Malaysia anda boleh saksikan secara langsung menerusi Astro dan RTM. Untuk live match, jika ditayangkan di Astro, tidak akan dimainkan di RTM dan begitulah sebaliknya. Jadi kalau tengok secara striming anda perlu aplikasi Sooka dan RTM Klik la kalau nak tengok semua match kan?

Dengan Aplikasi Sooka SAHAJA Anda Boleh Tengok Bola Liga Super Malaysia 2023

Sebenarnya tidak semestinya kerana kini aplikasi Sooka juga turut tersedia saluran RTM tersebut yang disediakan secara percuma. Untuk mudah faham, dengan Sooka sahaja sama ada di web sooka.my atau aplikasi mobile, anda boleh tengok siaran RTM secara percuma dan siaran Astro secara berbayar.

Live TV Di Sooka Secara Percuma

  • TV1
  • TV2
  • TV Okey
  • Astro Arena

Live TV Di Sooka Secara Langganan

  • Astro Arena 2
  • Arena Bola
  • Arena Bola 2

Yuran Langganan Liga Malaysia 2023 Di Sooka

Dengan pakej VIP TV harga RM62.90 sebulan boleh tengok semua match Liga Malaysia di web, mobile dan smart tv. Pakej VIP+Sport berharga RM41.90 sebulan boleh tengok semua match tapi terhad untuk web dan mobile sahaja.

Selain itu, boleh beli Pas Liga Malaysia dengan harga RM28.90 sebulan atau beli Pas Single-Match dengan harga RM4.90 bagi setiap perlawanan yang berlangsung. 

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post