Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di Viu

Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di Viu

Saksikan drama siri original terbaru berjudul Nenek Bongkok Tiga yang akan menemui penonton mulai 9 Februari 2023, bersiaran setiap hari Khamis yang ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman VIU. Untuk minggu pertama ini disiarkan untuk 2 episod terus.

Tonton online - DISINI

Drama yang bersiaran sebanyak 10 episod yang idea asal daripada penulis skripnya sendiri iaitu Azhar Amirulhisyam merupakan terbitan syarikat produksi Independent Pictures Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim.

OST Drama

Tajuk Lagu : Selamanya Kita
Artis : Altimet ft. Kungfu Heidi
Komposer : Kidd Santhe
Lirik : Altimet

Sinopsis Drama Siri Nenek Bongkok Tiga

Drama Nenek Bongkok Tiga menampilkan barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane, Rykarl Iskandar, Esma Daniel, Aida Aris dan ramai lagi.

  • Hun Haqeem sebagai Zamir
  • Meerqeen sebagai Adi
  • Sherie Merlis sebagai Nenek
  • Sara Ali sebagai Alis
  • Sofia Jane sebagai Samira
  • Syafie Naswip sebagai Sani
  • Sara Mack Lubi sebagai Malia
  • Fimie Don sebagai Mior
  • Syazwan Zulkifly sebagai Salim
  • Ashraf Muslim sebagai Haikal
  • Rykarl Iskandar sebagai Zaid

Ianya mengisahkan tentang lapan orang individu yang menjadi tahanan di sebuah rumah agam yang terletak di tengah-tangah hutan Bukit Luruh yang didiami oleh seorang nenek tua.

Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan sekelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali.

Namun, demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan yang lain, mereka saling khianat-mengkhianati antara satu sama lain demi untuk melepaskan diri sendiri dariapda terus menjadi tahanan nenek bongkok tua.

Dengan ancama jahat yang semakin berbahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek tersebut dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suantu hari nanti.

Tanpa disedari, satu persatu rahsia besar tentang kejadian besar yang pernah berlaku di Bukit Luruh serta identiti sebenar nenek bongkok tua itu telah terbongkar. Jadi pada akhirnya, apakah nasib yang akan menimpan lapan individu tersebut?

Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di Viu

Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di Viu

Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di Viu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post