Filem Didi & Friends The Movie Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Filem Didi & Friends The Movie Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Filem animasi yang ditunggu-tunggu kini telah. Saksikan filem Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton, yang mana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Februari 2023 (Khamis) dan seterusnya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Sempena cuti sekolah ini, ibu bapa boleh lah bawa anak-anak untuk saksikan sendiri filem ini dipawagam. Yang pastinya filem ini sesuai untuk tontonan umum bersama ahli keluarga.

Didi & Friends yang sebelum ini terkenal dengan persembahan nyanyian lagu kanak-kanak kini kembali ditayangkan di layak perek dengan terbitan sebuah filem. Ianya merupakan arahan bersama Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin yang diterbitkan oleh Warnakala Studios, Digital Durian, Astro Shaw dan MDEC.

Pelakon Suara

Terdapat ramai pelakon yang membawa suara bagi setiap watak dalam filem Didi & Friends The Movie ini antaranya Dato' Awie, WARIS, Amelia Henderson, Ruminah Sidek, Hael Husaini disamping dengan lakon suara asal seperti Nur Insyeerah, Adilia Myra, Adam Muqri, Khairul Ammar dan ramai lagi.

Berikut merupakan antara pelakon dan mereka disebalik suara bagi setiap watak yang ada dalam filem ini iaitu:

  • Nur Insyeerah sebagai Didi
  • Adilia Myra sebagai Nana
  • Adam Muqri sebagai Jojo
  • Dato’ Awie sebagai Tok Chip
  • W.A.R.I.S sebagai Torra
  • Amelia Henderson sebagai Kapten Zee
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Kura
  • Khairul Ammar Jamal sebagai Pak Atan
  • Hael Husaini sebagai Pak Beruang

Filem Didi & Friends The Movie Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Lagu Tema

Tajuk Lagu : Luar Biasa
Penyanyi : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini
Sinopsis Filem Didi & Friends The Movie

Sinopsis Filem Didi & Friends The Movie

Filem Didi & Friends The Movie bakal menghidangkan sebuah cerita yang menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya Didi, Nana dan Jojo disamping sebanyak 11 lagu yang akan dihidangkan untuk nyanyi bersama di dalam panggung.

Ianya sebuah cerita yang mengisahkan tentang 3 sahabat rapat dari Pekan Horen yang aman damai. Semua penduduk pekan mengenali mereka yang mana sukar untuk dipisahkan dan sentiasa sahaja bersama.

Filem Didi & Friends The Movie Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Tahun ini, Pak Atan dan orang-orang besar pekan bersetuju melantik mereka bertiga untuk mengendalikan Konsert Hore Horey. Disebabkan itu, Didi sangat teruja dan terus menjalankan tugasnya sebagai ketua dengan penuh serius dan dedikasi.

Pada awalnya, semua berjalan lancar, hinggalah pada suatu hari Didi melakukan kesilapan besar dan menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang perlu mengembara ke Pulau Legenda di Muzika untuk membetulkan keadaan.

Filem Didi & Friends The Movie Di Pawagam Mulai 23 Februari Ini

Akan tetapi Didi dapat tahu dimana Pak Atan dan Pak Beruang dalam bahaya kerana ada lanun langit misteri bernama Torra yang sedang menjejaki mereka untuk mendapatkan peta ke Pulau Legenda. Didi nekad untuk ke Muzika demi memberi amaran kepada mereka. Nana dan Jojo juga turut serta.

Bagaimanakah Didi, Nana dan Jojo akan menemui Pak Atan, Pak Beruang dan Pulau Legenda? Apakah ujian yang bakal menimpa persahabatan mereka? Dan yang paling penting sekali, mampukah mereka menghadapi Torra si lanun bengis itu?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post