Tiada Lagi Di Unifi TV. Liga Malaysia 2023 Akan Disiarkan Di Astro Dan RTM

Liga Malaysia 2023 Akan Disiarkan Di Astro Dan RTM

Kalau musim-musim sebelum ni, peminat bola sepak tonton perlawanan Liga Malaysia terutamanya Liga Super menerusi Unifi TV termasuklah di youtube. Kini, untuk musim 2023 dah takda! Kerana kesemua perlawanan Liga Malaysia akan disiarkan di Astro dan RTM.

MLF telah mengumumkan dua stesen televisyen terkemuka tempatan iaitu Astro dan RTM selaku rakan penyiar rasmi Liga Malaysia 2023. Kesemua perlawanan yang akan disiarkan oleh Astro dan RTM dalam definisi tinggi (HD).

Saluran RTM

RTM akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 termasuk Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2023, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Khusus untuk peminat sukan bola sepak tempatan.

Perlawanan-perlawanan ini boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTM Klik. Kesemuanya boleh ditonton secara percuma.

Saluran Astro

Kesemua perlawanan yang disiarkan oleh Astro adalah meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dimana boleh ditonton di tv, secara On Demand atau boleh juga strim di Astro Go.

Walaupun begikut, setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi daripada pihak Astro saluran atau channel manakah yang akan disiarkan perlawanan Liga Malaysia 2023. Mungkin menerusi Astro Arena dan ada penambahan siaran pop-up yang baru.

Liga Malaysia 2023 Akan Disiarkan Di Astro Dan RTM

Mungkin ada yang tidak berpuas hati kerana tiada lagi tayangan di youtube yang mana orang ramai boleh tonton secara percuma. Bila tiba di Astro, mungkin kena bayar untuk menonton. Hanya tinggal di RTM sahaja.

Walaupun begitu, aku rasa kehangatan Liga Malaysia terutamanya pertandingan Liga Super akan menjadi lebih sistematik kerana akan ada lebih ramai pengulas hebat yang akan mengulas setiap perlawanan yang berlangsung.

Bukan itu sahaja, Astro juga telah menjanjikan semua perlawanan yang akan disiarkan dalam definisi tinggi (HD). RTM pun sekarang dah HD kan. Kalau tak langgan Astro, mungkin akan dibawakan ke Sooka dimana orang ramai boleh dapatkan pas perlawanan dengan pay-per-view seperti yang dibuat di EPL dan Piala Dunia 2022 sebelum ini.

Apa-apapun itu semua andaian sahaja. Aku juga harapkan akan ada tambahan saluran atau channel khas untuk tayangan bola sepak tempatan sahaja. Kalau tiada live match, boleh ulang siar perlawanan-perlawanan lain juga.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post