Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2022-2023

Senarai Pemenang Setiap Kategori Gempak Most Wanted Awards 2022-2023

Buat julung kalinya, Astro membawakan acara penyampaian anugerah paling gempak iaitu Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) bagi pengikirafan terbesar dunia digital Malaysia.

Acara yang mempertandingkan 9 anugerah ini adalah untuk influencers, content creator, gamers dan selebriti yang pemenang adalah hasil daripada undian peminat sepenuhnya yang telah dibuat bermula 15 Disember 2022 hingga 26 Februari 2023.

BACA JUGA : Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2024

Selain daripada penyampaian anugerah, malam kemuncak GMWA 2022 juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Dolla, De Fam, Bunkface, Alyph, Namie SMY, The Sara Sisters dan ramai lagi.

Amelia Henderson, Sean Lee, Elly Mazlein dan Radin akan mengemudi pentas sebagai hos untuk Gempak Most Wanted Awards 2022 yang akan bersiaran pada 26 Februari 2023, hari Ahad pada jam 9.00 malam menerusi Astro Ria 104 serta youtube dan facebook Astro Gempak.

Senarai Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2022

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan dalam Gempak Most Wanted Awards 2022

Gempak Most Wanted Awards 
Hafiz Mahamad

Gempak Hall Of Fame
Sofyank

Drama Trending Tergempak
Melur Untuk Firdaus

Video Muzik Tergempak
Bad - Dolla

Lagu Trending Tergempak
Bad - Dolla

Selebriti Digital Tergempak
Dato' Sri Siti Nurhaliza

Digital Content Creator Tergempak
Ryan Bakery

Digital Influencer Tergempak
Hafiz Mahamad

Motivator Digital Tergempak
Fathi Hussein

Video Trending Tergempak
Merqeen - Swipe Challenge

Personaliti Gamer Tergempak
Kambing Golek

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post