Review Filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania 2023. Kini Bermula Fasa 5 MCU

Review Filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania. Kini Bermula Fasa 5

Untuk tahun 2023, Marvel Cinematic Universe (MCU) telah memulakan tayangan filem yang pertama menerusi Ant-Man And The Wasp: Quantumania yang kini telah dimainkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 16 Februari 2023 dan seterusnya.

Masih mengekalkan pelakon dengan memegang watak utama seperti pelakon Raul Rudd (Scott Lang/Ant-Man), Evangaline Lilly (Hope van Dyne/Wasp), Michelle Pfeiffer (Janet van Dyne), Michael Douglas (Hank Pym) serta Kathryn Newton (Cassie Lang) dan Jonathan Majors sebagai Kang the Conqueror.

Sinopsis Filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania

Kini Scott Lang telah menjadi seorang penulis yang berjaya dan bahagia pertama Hope Van Dyne. Kisahnya bermula apabila Cassie iaitu anak kepada Scott Lang telah ditahan polis berikutan tingkah lakunya yang melanggar undang-undang kerana menggunakan teknologi pym secara salah.

Selepas diikat jamin, Scott membawanya ke rumah ibubapa Hope iaitu Hank Pym dan Janet Van Dyne. Disinilah Cassie menunjukkan dimana dia berjaya menghasilkan peranti yang mampu menghubungkan ke Quantum Realm.

Akan tetapi, Janet tidak gembira dengan kejayaan tersebut kerana ada perkara yang orang lain tidak perlu tahu apatah lagi berhubung atau kembali ke dunia tersebut. Akan tetapi mereka semua disedut ke Quantum Realm selepas portal terbuka secara sendiri.

Jadi bermulalah pengembaraan mereka berlima di dalam Quantum Realm sehinggalah bertemu dengan villian terbaru MCU iaitu Kang si Penakluk.

Review Filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania di pawagam seluruh malaysia

Review Filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania

SPOILER ALERT!!!

Filem Ant-Man kali ini sedikit berbeza dengan sebelum-sebelumnya apabila hampir keseluruhan jalan cerita adalah berada di dunia Quantum dan bukan dunia sebenar. Disebabkan itu, tak ramai manusia yang ada dan hanya banyak makhluk asing sahaja.

Masih ada komedi yang diselitkan tetapi tidak terlalu meleret berbanding sebelumnya dan pastinya bukan lawak bodoh seperti Thor Love & Thunder. Jadi masih sedap untuk ditonton. Tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kelakar.

Secara keseluruhannya, grafik agak baik seperti typical MCU la, tetapi hanya beberapa bahagian je ada yang buruk terutamanya CGI untuk MODOK aka Darren yang sebelum ini telah memasuki Quantum Realm sebenarnya terselamat dan menjadi mesin pemusnah kepada Kang.

Cerita untuk watak Kang. Bagi aku Jonathan Majors bawakan sangat baik. Mungkin aku sebelum ni dah pernah tengok dalam siri Loki. Tetapi kalau baca review yang lain, katanya Kang ni terlalu ganas dan kuat. Tapi aku tengok sendiri, tak kuat pun sebenarnya. Tetapi dikatakan varian Kang yang lagi kuat tetapi bukan Kang yang telah diusir ni lah.

Review Filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania di pawagam seluruh malaysia

Yes inilah penonton lepas ni kena hadap iaitu unsur Multiverse dan Varian. Kalau dah lihat Kang dalam Ant-Man ni dah mati, sebenarnya ada banyak lagi varian Kang yang akan muncul selepas ini. Kalau rasa nampak tak kuat, lepas ni ada yang lebih kuat. Mungkin jadi lebih pening untuk filem-filem Marvel lepas ni.

Pelakon-pelakon lain juga bawa watak dengan baik. Juga typical MCU. Tapi betullah Kathryn Newton untuk waktu Cassie Lang ni berlakon macam keras sikit. Mungkin pelakon baru kot. Tapi yang penting comel la.

Aku sebenarnya minat tengok MCU ni bila bahagian lawan atau war dan kebiasaanya diakhir-akhir babak. War kali ini, penduduk Quantum Realm melawan empire Kang yang telah berjaya diwujudkan sejak dia terkandas disini.

Paling best bila Ant-Man bertukar kepada saiz gergasi dalam tempoh yang agak lama sebenarnya. Bukan itu sahaja. Cassie juga telah memiliki suit sendiri dan kali ini terus berjaya mengembangkan suit menjadi saiz gergasi juga seperti ayahnya.

Review Filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania di pawagam seluruh malaysia

Pertempuran pada akhir babak tu nice la pada awalnya. Lepas Kang dah turun bertempur sendiri dan askar semut semua datang. Habis macam tu je. Macam tak best. Kang nampak kuat, tengok tiba-tiba jadi tak kuat la. Macam tak konsisten pula.

Akhir sekali boleh tengok sekali lagi Kang lawan Lang dengan tangan kosong pula. Boleh tengok la Kang ni tak power pun. Harapkan teknologi je la. Part tu macam tak best langsung. Lawan takda seni sangat la.

Secara overall, Ant-Man and The Wasp: Quantumania bukanlah termasuk filem MCU terbaik. Just a typical filem sahaja. Biasa. Just tengok sekali cukup la. Takda la nak repeat banyak kali. Dah la The Wasp pun muncul sekejab je. Tapi nama dalam poster ada. baik letak Ant-Man and Cassie. hahaha

Tapi kena tahu filem ini adalah permulaan kepada filem MCU Multiverse selepas ini. Jadi kena la juga tengok khusus untuk peminat filem Marvel la. FYI akan ada 2 credit-scene dalam filem ni iaitu di tengah dan akhir sekali.

Rating Ant-Man And The Wasp: Quantumania - 3.8/5 ⭐

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post