Review Menu Baru Daripada Tealive Purple Cha Cha With Sago

Review Menu Baru Daripada Tealive Purple Cha Cha With Sago

Bulan Februari ini, Tealive mulakan dengan pengenalan menu baru siri Purple Cha Cha dengan 3 variasi yang mana kesemuanya diberi topping bersama Sago. Sedap ke tidak menu baru Tealive ni?

Aku memang suka cuba menu baru waktu terhad daripada Tealive berbanding bubble tea mereka sendiri. Sebab macam dah bosan pula. Jadi kalau rasa menu baru ni, sekurang-kurangnya boleh rasa sesuatu yang baru dan berlainan.

Jadi kali ini, aku nak kongsikan dan review sikit pengalaman aku sendiri merasai menu baru Tealive yang diberi nama Purple Cha Cha.

Review Menu Baru Tealive Purple Cha Cha

Review Menu Baru Daripada Tealive Purple Cha Cha With Sago

Untuk pengetahuan anda ada 3 variasa Purple Cha Cha ini yang masing-masingnya ditetapkan dengan harga yang berbeza. Berikut merupakan jenis dan harga tersebut:

  • Purple Cha Cha Smoothie with Sago : RM11.90 (R) | RM13.90 (L)
  • Purple Cha Cha Milk Tea with Sago : RM10.90 (R) | RM12.90 (L)
  • Purple Cha Cha Choc with Sago : RM11.90 (R) | RM13.90 (L)

Untuk lagi jimat beli di Tealive, anda boleh dapatkan baucer DISINI

Daripada ketiga-tiga ni aku cuba Puple Cha Cha Milk Tea bersama sagu dengan harga RM10.90. Jadi aku dapat secawan air puple yang diisi dengan hirisan kentang sweet potato atau ubi keledek dan biji sagu.

Untuk rasa sebenarnya aku boleh cakap, ianya tak kena langsung dengan tekak aku. Rasa purple dah ok tapi bila bersama hirisan sweet potato tu totally aku tak boleh terima. Aku rasa gabungan purple sweet susu + ubi keledek dan biji sagu tu tak kena bagi aku.

Review Menu Baru Daripada Tealive Purple Cha Cha With Sago

Jaranglah aku beli air tealive tak habis. Tapi kali ini, aku betul-betul tak boleh terima. Tapi jika dilihat review daripada orang lain, ada yang bagi tahu sedap dan manis je. Jadi mungkin perspektif orang berlainan kan.

Kalau untuk rating, aku terpaksa 4/10 sahaja. Aku boleh minum pada bahagian atas sahaja. Tidak untuk ubi keledek yang ada dibawah. For sure la aku takkan repeat lagi dan tunggu menu baru untuk bulan depan pula.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post