Senarai Peserta Musim Kedua Star Vs Food Malaysia 2 Tahun 2023

Senarai Peserta Musim Kedua Star Vs Food Malaysia 2 Tahun 2023

Musim terbaru program realiti masakan iaitu Star Vs Food Malaysia untuk musim ke-2 akan kembali yang mana akan ditayangkan bermula 19 Februari 2023 menerusi PRIMEtime (saluran 704) dan Astro Go.

Untuk musim kedua, program ini bakal menampilkan 7 pasangan pesertayang digandingkan antara selebiriti ternama Malaysia dan cef-cef profesional. Barisan peserta akan meneroka dan mempelajari resepi daripada cef dengan cara yang mudah dan menarik.

Jadi anda boleh nikmati konsep program masakan unik dan boleh menjangka untuk melihat lebih banyak huru-hara dan keseronokan daripada barisan cef dan selebriti ternama di dapur.

Senarai Peserta Star Vs Food Malaysia 2

Berikut merupakan senarai 7 peserta yang terlibat dalam program kali ini:

  • Nabil Ahmad dan Cef Fikree Aznan
  • Prof. Dato’ Cef Zam dan Ning Baizura
  • Cef Raymond Tham dan Amelia Henderson
  • Altimet dan Cef Thevi
  • Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Anis Nabila
  • Cef Nik Michael dan Dato’ Jovian Mandagie
  • Cef Edwin Chan dan Diana Danielle

Senarai Peserta Musim Kedua Star Vs Food Malaysia 2 Tahun 2023

Mereka akan bergandingan dan berentap dalam 7 episod bagi menyediakan pelbagai hidangan baru termasuk makanan Arab, Fusion, Itali, Barat, Hi-Tea, Surf dan Turf serta banyak lagi.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Star Vs Food Malaysia 2 bermula 19 Februari 2023, setiap hari Ahad pada pukul 12.00 tengah hari dan siaran ulangan pada hari yang sama jam 7.30 malam di PRIMEtime saluran 704 dan secara online di Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post