Senarai Siri Dan Filem Fasa 4 Marvel Cinematic Universe (MCU) Mengikut Urutan

Senarai siri dan filem Fasa 4 Marvel Cinematic Universe MCU

Phase Four atau Fasa Empat untuk Marvel Cinematic Universe (MCU) adalah permulaan kepada 'The Multiverse Saga'. Ianya bermula sejurus selepas pertarungan epik Avengers selepas separuh populasi yang telah dilenyapkan Thanos kembali.

Dalam Fasa 4 ini, banyak hero baru yang diperkenalkan seperti Moon Knight, Shang-Chi, The Eternals, Ms. Marvel, She-Hulk, Kate Bishop, Amerika Chaves dan ramai lagi. Manakala nama-nama untuk hero sebelumnya masih ada yang dikekalkan.

Berbeza dengan Fasa sebelumnya dimana untuk Fasa 4 ini terdapat filem dan siri berepisod. Filem pastinya ditayangkan di pawagam. Tetapi untuk siri ianya hanya dimainkan menerusi platform penstriman Disney+ dan jika di Malaysia di Disney+ Hotstar.

Jadi kalau ada peminat MCU nak tengok senarai filem dan siri yang ada dalam Fasa 4 ini mengikut kronologi, anda boleh lihat seperti dibawah.

Senarai Filem Dan Siri Fasa 4 Marvel (MCU) Mengikut Urutan

Kesemua siri dan filem ini juga anda boleh saksikan secara online di platform Disney+ Hotstar dengan langganan RM59.90 untuk 3 bulan.

Berikut merupakan susunan Fasa 4 MCU mengikut urutan tetapi tidak mengikut tarikh tayangan. Jadi kalau anda nak tengok semula, boleh la ikut urutan dibawah

  • Loki - Season 1 (Siri) ~ 2021
  • I Am Groot (Siri Pendek) ~ 2022
  • Black Widow (Filem) ~2021
  • What If...? - Season 1 (Siri Animasi) ~ 2021
  • WandaVision (Siri) ~ 2021
  • The Falcon and the Winter Soldier (Siri) ~ 2021
  • Chang-Chi and the Legend of the Ten Rings (Filem) ~ 2021
  • She-Hulk: Attorney at Law (Siri) ~ 2022
  • The Eternals (Filem) ~ 2021
  • Thor: Love and Thunder (Filem) ~ 2022
  • Spiderman-Man: No Way Home (Filem) ~ 2021
  • Hawkeye (Siri) ~ 2021
  • Doctor Strange in the Multiverse of Madness (Filem) ~ 2022
  • Moon Knight (Siri) ~ 2022
  • Ms. Marvel (Siri) ~ 2022
  • Werewolf by Night (Siri) ~ 2022
  • Black Panther: Wakanda Forever (Filem) ~ 2022
  • Guardian of the Galaxy: Holiday Special ~ 2022

Cerita terakhir untuk Fasa 4 adalah Black Panther 3 dan permulaan untuk Fasa 5 adalah bermula dengan filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania yang akan ditayangkan pada Februari 2023.

1/Post a Comment/Comments

  1. CUya bukan penggemar Marvel tapi suka tengok watak2 dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post