Siaran Langsung Live Liverpool Vs Real Madrid Round Of 16 UCL 2023

Siaran Langsung Liverpool Vs Real Madrid Round Of 16 UCL 2023

Antara aksi yang ditunggu-tunggu dalam round of 16 atau pusingan 16 terbaik dalam UEFA Champions League (UCL) untuk tahun 2022-2023 iaitu antara Liverpool dan Real Madrid.

Perlawanan ini akan berlangsung pada pagi Rabu, 22 Februari 2023 pada jam 4.00 pagi waktu Malaysia dan ianya akan dimainkan di Anfield untuk perlawanan pertama. Untuk perlawanan kedua timbal balik akan berlangsung di 16 Mac kelak.

Perlawanan ini pastinya menjadi ulangan ketika mereka bertembung sesama sendiri ketika final UCL 2018 dan 2022 yang lalu dimana kedua-duanya dimenangi oleh kelab dari Sepanyol tersebut.

Liverpool kini sepertinya semakin kembali dengan rentak kemenangan apabila 2 perlawanan akhir EPL berakhir dengan kemenangan iaitu ketika bertemu Everton dan juga pasukan yang sedang meningkat naik, Newcastle United.

Ketika ini The Reds berada di kedudukan kelapan liga. Manakala lawanya, Real Madrid masih berada di tangga kedua iaitu 8 mata dibelakang pendahulu liga Barcelona dalam La Liga. Mereka juga baru memenang kejohanan kelab piala dunia sebelum ini.

Jadual, Keputusan & Siaran Langsung Liverpool Vs Real Madrid UCL 2023

Jadi untuk peminat bola sepak tanah air khususnya bagi kedua-dua penyokong Liverpool dan Real Madrid, jangan terlepas untuk saksikan aksi perlawanan ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi beIN Sports 3 di saluran 819 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, jika pelanggan Astro, anda boleh langgan dan daftar dengan aplikasi beIN SPORTS CONNECT dengan harga RM20.00 sebulan. Boleh tonton di smartphone, web dan smart tv.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi perlawanan Liverpool dan Real Madrid untuk kedua-dua perlawanan timbal balik bagi kejohanan Round of 16 UEFA Champions League 2022-2023 dengan mengikut waktu Malaysia.

22 Februari 2023 (Rabu)

FT : Liverpool (2) -  (5) Real Madrid

  • Darwin Nunez 4'
  • Mohamed Salah 14'
  • Vinicius Junior 21', 36'
  • Eder Militao 47'
  • Karim Benzema 55', 67'

Masa : 4.00 Pagi
Venue : Stadium Anfield
Tayangan : beIN Sports 3 (819)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

16 Mac 2023 (Khamis)

Real Madrid vs Liverpool (Agg: 5-2)

Masa : 4.00 Pagi
Venue : Stadium Santiago Bernabeu
Tayangan : beIN Sports 3 (819)
Live Streaming : Link 1 | Link 2


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post