Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Bangkok FC Pra Musim 2023

Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Bangkok FC Pra Musim 2023

Perlawanan persahabatan pra musim untuk kelab Terengganu FC diteruskan untuk game kedua berdepan dengan Bangkok FC pada 9 Februari 2023, hari Khamis bertempat di Verso International School Stadium.

Pada perlawanan pertama, TFC hanya sekadar seri dengan kelab Rajpracha FC selepas mengharungi 90 minit permainan. Pastinya kali ini, skuad Peteh inginkan kemenangan bila berhadapan dengan kelab yang bermain di Thai League 3 tersebut.

Pastinya sepanjang perlawanan, ketua jurulatih dan barisan pemain belajar sesuatu untuk lebih memperkemaskan seluruh jentera bermula daripada pertahanan, tengah dan bahagian hadapan untuk menyerang.

Jadual & Siaran Langsung Perlawanan Terengganu Vs Bangkok FC 2023

Sama seperti pada perlawanan pertama, tiada siaran langsung ditayangkan di tv termasuk juga perlawanan-perlawanan selepas ini. Hanya akan dibawakan secara live streaming di TFCPLay dengan yuran langganan serendah RM7.00 sebulan atau RM60 untuk setahun.

Untuk info lanjut, bila dan cara langganan untuk tontonan secara online boleh dibuat, anda boleh rujuk di facebook rasmi Terengganu FC atau klik sahaja disini.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pra musim antara Terengganu FC bertemu Bangkok FC di Bangkok

*masa yang dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia

9 Februari 2023 (Khamis)

FT : Terengganu FC (2) - (0) Bangkok FC

  • Ivan Mamut 73'
  • Habib Haroon 76'

Masa : 5.00 Petang
Venue : Verso International School Stadium
Live Streaming : Link 2

Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Pra Musim Terengganu FC 2023 Di Bangkok Thailand

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post