Telefilem 27 Hari Mencari Mustafa Di Astro Citra

Telefilem 27 Hari Mencari Mustafa Di Astro Citra

Saksikan telefilem 27 Hari Mencari Mustafa yang akan menemui penonton pada 22 Februari 2023, bersiaran pada hari Rabu jam 7.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh strim secara online di Astro Go.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019ini merupakan terbitan syarikat produksi FJ Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader dengan nukilan skrip daripada Adzim Shahabudin

Sinopsis Telefilem 27 Hari Mencari Mustafa

Telefilem 27 Hari Mencari Mustafa menampilkan barisan pelakon seperti Shahrol Nizam Noor, Fazlina Ahmad Daud, Azreel Ismail, Hafizzuddin Bahari, Subraniam Kuppurasamy, Syamin Azlah dan ramai lagi.

  • Shahrol Nizam Noor sebagai Dato Jaafar
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Hamizah
  • Azreel Ismail sebagai Mustafa
  • Hafizzuddin Bahari sebagai Muaz muda

Ianya mengisahkan tentang pencarian si ayah kepada anaknya iaitu Mustafa yang telah menghilangkan diri selepas 10 tahun apabila isterinya difitnah oleh ayahnya sendiri. Ini berikutan ibunya Mustafa semakin tenat.

Ayahnya perlu mencari Mustafa di Chennai iaitu lokasi terakhir dia menghilangkan diri. Adakah akhirnya ayahnya dapat berjumpa Mustafa dan boleh berjumpa ibunya buat kali terakhir?

Telefilem 27 Hari Mencari Mustafa Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post