Telefilem Aku Nazmi Di TV9

Telefilem Aku Nazmi Di TV9

Saksikan telefilem Aku Nazmi yang akan menemui penonton pada 17 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Hj Yahaya aka Jinggo dengan nukilan skirp daripada Sofia J. Rhyland.

Sinopsis Telefilem Aku Nazmi

Telefilem Aku Nazmi menampilkan barisan pelakon seperti Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Safie, Noralbaniah dan ramai lagi.

  • Jay Iswazir sebagai Nazmi
  • Ayda Jebat sebagai Ilya
  • Noralbaniah sebagai Puan Noraini
  • Sheila Rusly sebagai Puan Juha
  • Fathi Safie sebagai Rafi
  • Dayana Roza sebagai Inara

Ianya mengisahkan tentang Nazmi iaitu seorang kurang upaya (OKU) yang mempunyai sebuah perniagaan dalam talian dengan bantuan sepupunya, Rafi. Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya bernama Ilya, seorang gadis pekak dan bisu.

Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.

Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya sebagai isterinya?

Telefilem Aku Nazmi Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post