Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Saksikan telefilem Azrul Bendul yang akan menemui penonton pada 20 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production, diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip bersama daripada Lela Mohd dan Zyza Backy.

Sinopsis Telefilem Azrul Bendul

Telefilem Azrul Bendul menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Hakim Redza, Syaini Aida, Kuza, Ezzaty Abdullah, Hamdan Senario, Nina Smith, Laila Nasir, Shah Radhi, Amir Rajalawak dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Redza sebagai Azrul
  • Syainie Aida sebagai Suraya
  • Ezzaty Abdullah sebagai Diana
  • Kuza sebagai Didi
  • Hamdan sebagai Bakar
  • Nina Smith sebagai Julia

Ianya mengisahkan tentang Azrul iaitu seorang jejaka kampung yang lurus bendul. Namun, di sebalik kekurangannya itu, dapat menawan hati Suraya yang baginya Azrul, berbeza dengan lelaki yang lain.

Azrul bekerja dengan membantu ayahnya, Bakar seorang askar pencen, di dusun dan sawahnya. Dalam kawasan tempat tinggalnya, terdapat Suraya yang berminat dengan Azrul. Dia sangat jujur dan amanah. Begitu juga dalam hubungan mereka. Dia mahu mempersuamikan Azrul.

Telefilem Azrul Bendul Di TV9

Telefilem Azrul Bendul Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post