Telefilem Cinta Praktikal Di TV Okey

Telefilem Cinta Praktikal Di TV Okey

Saksikan telefilem Cinta Praktikal yang akan menemui penonton pada 19 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Ahad, jam 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Cintakasih Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khairul Anuar (Warna) dengan nukilan skrip daripada Aieesya Nur Adam.

Sinopsis Telefilem Cinta Praktikal

Telefilem Cinta Praktikal menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Shah Jaszle, Jasper Supayah, Aidit Noh, Ucop Cecupak, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.

  • Nad Zainal sebagai Kartini
  • Shah Jaszle sebagai Nuar
  • Jasper Supayah sebagai Mila
  • Aidit Noh sebagai Amri

Ianya mengisakan tentang Kartini merupakan seorang wanita yang berkerjaya bergelut untuk mencari pilihan bakal suami oleh sebab usianya sudah lanjut. Malahan menjadi tekanan kepada Kartini kerana ibunya sendiri akan mencarikan jodoh untuk anaknya sekiranya masih tiada calon pilihan.

Mila sahabat Kartini, menemui Amri yang merupakan sahabat baik mereka sewaktu belajar di universiti. Amri merupakan seorang lelaki yang berwatakkan romantis dan kemas dan ini membuat Kartini mula jatuh cinta.

Dalam masa yang sama, Nuar merupakan pemilik rumah yang disewakan oleh Kartini selalu hadir ke rumah Kartini untuk membaiki apa jua kerosakan. Tetapi, Kartini tidak mengendahkan kata-kata dan tingkah laku Nuar kerana ia agak menjengkelkan.

Nuar mula berasa kecil hati apabila Kartini menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Amri dan akan pindah keluar setelah berkahwin. Namun, ia tidak menjadi kenyataan apabila Amri menipu dengan melenyapkan wang permulaan perniagaan yang diberi oleh Kartini.

Ini ditambah pula dengan penemuan Amri yang sudah pun berkeluarga oleh Nuar. Tembelang Amri ini membuat Kartini marah dan kecewa. Akhirnya, Nuar menyatakan isi hatinya yang sebenar kepada Kartini. 

Namun adakah Kartini dapat menerima kehadiran Nuar sebagai bakal suaminya?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post