Telefilem Irama Kita Di Tonton

Telefilem Irama Kita Di Tonton

Saksikan telefilem baru Irama Kita yang akan kini telah mula temui penonton pada 23 Februari 2023 dan seterusnya dimana anda boleh saksikan secara online menerusi platform penstriman watch.tonton.com.my dan aplikasi mobile.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan nukilan skrip bersama daripada PGR's Team, Rozie Rashid, Lizanur dan Chintanadessha

Sinopsis Telefilem Irama Kita

Telefilem Irama Kita menampilkan barisan pelakon seperti Fara Nadiah, Aiman Tino, Ahmad Adly, Kahoe Hon, Arena Wan, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Didie Alias, Angeline Tan, Catriona Ross dan ramai lagi.

  • Aiman Tino sebagai Kef
  • Fara Nadiah sebagai Izi
  • Kahoe Hon sebagai Alvin
  • Ahmad Adly sebagai Syafiq
  • Arena Wan sebagai Raysha

Ianya mengisahkan tentang empat sekawan yang memulakan band 'The Dreamers' iaitu antara Izi, Kef, Syafiq, dan Alvin terpaksa melalui pelbagai dugaan untuk menjadikan muzik sebagai profession.

Izi, seorang anak ketua kampung yang bijak ditegah bermain drum dan disuruh menjadi wanita tipikal yang lemah-lembut oleh ayahnya. Kef mendapat sokongan papanya untuk belajar muzik tetapi digalakkan untuk menyertai ibunya di US, yang akan menjauhkan dia dari The Dreamers.

Selain itu, Syafiq yang merupakan seorang pemain gitar dan pencipta lagu berbakat dikekang dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil. Alvin yang selalu berlagak happy-go-lucky sebenarnya mendapat tentangan daripada ibunya yang mahukan dia serius dalam pelajaran.

Walaupun cita-cita mereka belum tentu kesampaian, mereka telah menempuh pelbagai pengalaman yang cukup mematangkan lalu membuktikan betapa cintanya mereka pada muzik. Antara minat dan restu keluarga, adakah usaha mereka untuk mengejar impian dalam bidang muzik akan tercapai?

Telefilem Irama Kita Di Tonton

Telefilem Irama Kita Di Tonton

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post