Telefilem Kaki Kipas Di TV9

Telefilem Kaki Kipas Di TV9

Saksikan telefilem Kaki Kipas yang akan menemui penonton pada 13 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip daripada Rizalwan Ramli

Sinopsis Telefilem Kaki Kipas

Telefilem Kaki Kipas menampilkan barisan pelakon seperti Bell Ngasri, Anas Ridzuan, Adam Shah, Awie Wings, Ebby Yus, Reen Rahim, Siti Chubby, Ezzaty Abdullah, Maarup Mustapa dan ramai lagi.

  • Bell Ngasri sebagai Shah
  • Anas Ridzuan sebagai Paiz
  • Adam Shah sebagai Aju
  • Reen Rahim sebagai Intan
  • Awie Wings sebagai Abang Meon
  • Ebby Yus sebagai Dato Faizal

Ianya mengisahkan tentang tiga orang sahabat karib iaitu Shah, Paiz dan Aju yang begitu gemar mengampu sejak mereka menetap dan bekerja di kampung.

Mereka sering menjadi bahan usikan penduduk kampung berikutan sifat semulajadi mereka. Shah dengan rabunnya, Paiz dengan masalah pendengarannya manakala Aju pula dengan latahnya.

Namun atas dorongan teman wanita masing-masing yang menasihati mereka untuk mencari pekerjaan tetap, akhirnya mereka menyahut cabaran untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

Telefilem Kaki Kipas Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post