Telefilem Kopi Dan Latte Di TV2

Telefilem Kopi Dan Latte Di TV2

Saksikan telefilem Kopi Dan Latte yang akan menemui penonton pada 14 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Serindit Produksi, diarahkan oleh M. Hafiez Othman dengan nukilan skrip daripada Othman Sullia.

Sinopsis Telefilem Kopi Dan Latte

Telefilem Kopi Dan Latte menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Sakinah, Ropie, Amar Ashraf, Najua Nasir, Abby Nadzri, Pavithren, Dewa Sapri dan ramai lagi.

  • Sharifah Sakinah sebagai Nisha
  • Ropie sebagai Remy
  • Amar Ashraf sebagai Husin
  • Najua Nasir sebagai Jiha
  • Abby Nadzri sebagai Tipah

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Nisha yang telah menjalankan perniagaan dengan membuka sebuah kafe yang menjual pelbagai-bagai jenis kopi susulan kecewa akibat putus tunang.

Dia mendapat bekalan biji kopi dari Indonesia. Setelah pemilik kopi itu meninggal dunia, Nisha menghadapi masalah untuk mendapat bekalan kopi yang sama rasanya.

Nisha akhirnya bertemu dengan Remy seorang pengusaha ladang kopi di Janda Baik. Usaha memujuk Remy bagi menjadi pembekal cafenya, membuatkan Nisya lupa kepada Hussin. Namun Husin mempunyai agendanya tersendiri

Telefilem Kopi Dan Latte Di TV2

Telefilem Kopi Dan Latte Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post