Telefilem Trauma Di TV3
Saksikan telefilem Trauma yang akan menemui penonton pada 11 Februari 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 10.30 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Yahya aka Jinggo dengan nukilan skrip daripada Sheila Rusly hasil daripada idea Nur Liyana Shaharudin.
Sinopsis Telefilem Trauma Di TV3
Telefilem Trauma menampilkan barisan pelakon seperti Zara Zya, Janna Nick, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Raja Afiq, Idris Khan, adik Nur Indah Emeerlda dan ramai lagi.
- Janna Nick sebagai Roza
- Saharul Ridzwan sebagai Budin
- Zara Zya sebagai Haneem
- Idris Khan sebagai Edi
- Raja Afiq sebagai Faz
- Dayana Roza sebagai Jaja
Ianya mengisahkan tentang 6 orang kawan yang berkenalan menerusi laman sosial 'Chatroom'. Mereka adalah Roza, Budin, Haneem, Edi, Faz dan Jaja. Ada satu persamaan yang ketara di antara keenam-enam sahabat ini. Masing-masing pernah mengalami trauma dalam hidup.
Suatu hari mereka merancang untuk bertemu dan bercuti bersama. Roza telah menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian mereka.
Ketika Roza mahu mengambil kunci rumah sewa daripada seorang jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit turut ditegur oleh jiran tersebut dengan pepatah yang berbeza-beza.
Tanpa mereka duga, berlaku pula pelbagai kejadian aneh dan mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka untuk keluar dari rumah sewa itu.
Siapa sangka yang ini semua angkara Roza, dia telah membunuh satu persatu kawan-kawannya namun Roza tidak menyangka yang Budin dan Haneem belum mati dan mereka masih hidup dan cuba menyelamatkan diri mereka.
Manakala Roza pula cuba mencari mereka berdua di sekitar Villa tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Post a Comment for "Telefilem Trauma Di TV3"
Post a Comment