Cuba Menu Rahmah Burger McDonalds Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Cuba Menu Rahmah Burger McDonalds Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Selepas beberapa bulan diperkenalkan menerusi inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, McDonalds juga antara restoren yang tampil kehadapan untuk menyediakan tawaran menu makanan dengan harga RM5.00 terutamanya kepada golongan susah.

Pada awalnya Menu Rahmah ini diperkenalkan kepada golongan yang sangat memerlukan bagi menampung perbelanjaan harian terutamanya ketika berada di luar atau bekerja dengan meminimakan perbelanjaan makanan.

Manakan tidak, harga sebuah set makanan hanya berharga RM5.00 sahaja. Jika sebelum ini banyak restoren yang menawarkan Menu Rahmah. Ada set nasi putih dengan lauk ayam atau ikan beserta sayuran yang pastinya mengenyangkan.

Kini inisiatif ini juga disambut baik oleh retoren-restoren besar. Selain McD, sebelum ini Old Town White Coffee, Burger King, Bubble Bee, The Manhattan, Texas Chicken, Marrbrown, A&W dan banyak lagi restoren yang terlibat.

McDonalds Menyediakan 3 Pilihan Menu Rahmah

Tawaran promosi ini telah bermula sejak 8 Mac yang lalu sehingga tarikh yang akan diumumkan selepas ini. Terdapat 3 set Menu Rahmah yang ditawarkan dan kesemuanya adalah berharga RM5.00 sahaja. Menu tersebut adalah :

  • Bubur Ayam McD + Teh Ais Limau
  • Burger Ayam + Teh Ais Limau
  • McEgg + Teh Ais Limau

Menu Rahmah Burger McDonalds Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Harga tersebut adalah termasuk caj. Jangan risau, anda hanya perlu bayar RM5.00 sahaja. Kesemua menu ini anda boleh dapatkan disemua cawangan McDonalds seluruh negara sama ada dine-in, pickup atau drive-thru. Kalau delivery tak dapat lah, harga dah mahal sikit kan.

Review Menu Rahmah McDonalds

Dengan harga RM5.00 makan di Mekdi, bagi aku berbaloi la. Tapi dengan harga tersebut, anda dapat Menu Rahmah. Adakah ianya berbaloi dan mengenyangkan jika anda makan seorang? Jadi aku pun cuba sendiri lah 2 daripada menu tersebut.

Aku beli set Burger Ayam dan McEgg yang kesemuanya berharga RM10.00. Jangan risau, sebenarnya air tersebut anda boleh tukar secara percuma untuk air mineral atau air gas lain. Jadi nak beli sihat, aku ambil air mineral sahaja 1 dan air sprite 1.

Review Menu Rahmah Burger McDonalds Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Untuk Burger Ayam rasanya sama seperti burger ayam biasa, tapi petty yang digunakan tidak sama seperti McChicken. Ianya lebih nipis. Untuk saiz, biasa sahaja atau kecil sedikit. Tak pastilah. Ada dua keping roti, sekeping daging ayam dan sayur salad serta mayonis diletakkan sedikit.

Bagi aku ianya tidak mengenyangkan. Sama sahaja seperti review Menu Rahmah Burger King aku sebelum ni. Mungkin sebab saiznya nipis, jadi kenyang sangat. Cadangan aku, lebih baik makan menu rahmah untuk nasi. Harga sama tapi lebih mengenyangkan.

Tapi nak lepak-lepak di Mekdi, taknak makan banyak sangat, boleh la beli set ni. Sebab dia antara termurah.

Untuk McEgg pula sama sahaja ianya tidak mengenyangkan. Anda dapat 2 keping roti burger atas bawah. Kemudian telur mata bersama sekeping cheese dengan diletakkan sos tomato didalamnya. Macam roti benjo la lebih kurang. Bagi aku sos tomato tu spoil habis rasa. Takyah letak pun takpa.

Untuk air minuman pula, bekas yang digunakan adalah saiz yang paling kecil. Bukan yang biasa kita dapat kalau beli set medium. Mungkin itu saiz small. Jadi lebih berbaloi kaalu tukar dengan air mineral je. Lagi banyak dan sihat.

Aku suka bubur McD, tapi aku tak pernah dan tak sempat lagi rasa. Aku tak pasti dengan harga RM5.00 berapa besar saiz yang ditawarkan. 

Review Menu Rahmah Burger McDonalds Dengan Harga RM5.00 Sahaja

Untuk aku, ianya satu tawaran yang baik bagi mereka yang ingin merasai burger McD. Tapi untuk tahap kepuasan dan berbaloi bagi aku biasa-biasa sahaja. Dengan harga RM5.00 sebenarnya anda boleh beli burger tepi jalan yang lebih mewah dan mengenyangkan.

Atau seperti yang diberitahu, beli sahaja menu rahmah nasi yang kini banyak dijual di keda-kedai dan restoren seluruh Malaysia. Untuk semak lokasi restoren yang ada menyediakan Menu Rahmah, anda boleh layari laman web https://menurahmah.kpdn.gov.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post