Drama Abang Muazzin - Sinopsis Dan Tayangan Di TV1

Drama Abang Muazzin di TV1

Saksikan drama khas Ramadan berjudul Abang Muazzin yang akan menemui penonton mulai 23 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 6.00 petang di saluran RTM TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Drama 30 episod yang merupakan ideal asal daripada Najmie Maziez ini merupakan terbitan syarikat produksi Juanridz Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh K.N Ramli dan Erry Putra dengan nukilan skrip bersama daripada Mazelan Manan dan Najmie Maziez sendiri.

Jadi drama kekeluargaan yang dibawakan setiap hari khusus untuk bulan Ramadan ini anda boleh tonton bersama keluarga pada petang hari sebelum waktu berbuka.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Abang Muazzin seperti Amar Ashraf, Nazeera Sardi, Kuna, Aishah Atan, Amir Raja Lawak, Hanis Nabila, Hafidzuddin Fazil, Amanda Misbun, Erry Putra, Hamidah Wahab, Aleza Shadan, Samsuri dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amar Ashraf sebagai Hazim
  • Nazeera Sardi sebagai Eyka
  • Kuna sebagai Sofea
  • Aishah Atan sebagai Mariam
  • Hamidah Waham sebagai Kalsom
  • Samsuri sebagai Zamri
  • Amanda Misbun sebagai Izreen
  • Amir Raja Lawak sebagai Mat Leh

Sinopsis Drama Abang Muazzin

Drama Abang Muazzin mengisahkan tentang muazzin muda iaitu Hazim yang baru sahaja memulakan tugas di masjid sebagai imam. Walaupun begitu, dia menerima ujian daripada sekeliling.

Hazim terpaksa berdepan dengan ketegasan imam dan segelintir masyarakat yang sangat mementingkan imam jemputan. Namun dengan bantuan seorang gadis, peluang muazzin tersebut yang belajar di sekolah tahfiz untuk menjadi imam diterima.

Dengan itu, ianya telah mengukuhkan lagi ekonomi mereka bagi bercita-cita untuk menyambung pelajaran di Mesir sehingga menjadi kenyataan.

Tayangan Drama Abang Muazzin

Untuk ketahu kesudahannya, jangan lupa tonton drama Abang Muazzin mulai 23 Mac, setiap hari Isnin hingga Ahad (setiap hari sepanjang Ramadan) pada pukul 6.00 petang di TV2 atau boleh strim di RTM Klik.

Drama Abang Muazzin di TV1

Drama Abang Muazzin di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post