Drama Misteri Flat Kirana - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Misteri Flat Kirana Di TV3

Saksikan drama siri terbaru Misteri Flat Kirana yang akan menemui penonton mulai 26 Mac 2023, bersiaran setiap hari Ahad hingga Selasa pada jam 11.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Drama seram komedi 12 episod yang diilhamkan oleh Hariff Ahamat ini merupakan terbitan syarikat produksi Anomali Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rusdi Ramli dengan nukilan skrip bersama daripada Adza Irdawati dan Adza Emie.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon drama Misteri Flat Kirana seperti Ropie, Rahmad Mega, Puteri Balqis, Zara Zya, Afifah Nasir, Acong Sweetchild, Agness J, Ammar Titan, Didi Astillah, Zalif Sidek, Nazia Mustafar, Alicia Amin dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Ropie sebagai Tok Jat/Saka
  • Rahmad Mega sebagai Pak Taza
  • Puteri Balqis sebagai Soyaye
  • Zara Zya sebagai Ijah Bekeng
  • Afifah Nasir sebagai Ma Dut
  • Acong Sweetchild sebagai Tam Ikan
  • Agness J sebagai Aunty Qween
  • Ammar Titan sebagai Orang Minyak
  • Didi Astillah sebagai Pontianak
  • Zalif Sidek sebagai Ahcong

Sinopsis Drama Misteri Flat Kirana

Drama Flat Kirana mengisahkan seorang dukun yang terkenal di Flat Kirana iaitu Tok Jat. Kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu penduduk flat tanpa mengira latar belakang, dia cukup disenangi oleh penduduk setempat.

Tok Jat juga telah pun menangkap pelbagai jenis dan banyak makhluk halus selama mana dia menjadi dukun. Tiba-tiba satu hari, dia meninggal dunia secara mengejut dan setelah itu telah timbul pelbagai huru-hara di Flat Kirana.

Disebabkan kematiannya juga lah semua makhluk halus yang ditangkap oleh Tok Jat sebelum ini telah terlepas dan berkeliaran di sekitar Flat Kirana. Disebabkan itu juga, penduduk setempat kerap dikacau dan diganggu.

Maka dengan itulah bermula misi penduduk Flat Kirana untuk memburu dan menangkap semula makhluk halus demi menjaga keselamatan semua penduduk di flat tersebut.

Tayangan Drama Misteri Flat Kirana

Jadi untuk ketahu apakah kesudahannya, saksikan drama Misteri Flat Kirana yang akan bersiaran mulai 26 Mac ini, setiap hari Ahad hingga Selasa pada pukul 11.00 malam di saluran TV3 atau boleh strim secara online di Tonton. 

Drama Misteri Flat Kirana Di TV3

Drama Misteri Flat Kirana Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post