Filem Imam Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

Filem Imam Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

Saksikan filem Imam yang akan menemui penonton, dimaan akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Mac 2023 (Khamis) dan seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal untuk menyaksikannya.

Filem yang merupakan adaptasi novel 'Imam' karya Sasterawan Negera Dato Abdullah Hussain ini merupakan terbitan syarikat produksi Al-Kahfi Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Mior Hashim Manap.

OST Filem

Tajuk Lagu : Munajat
Penyanyi : Dato' M. Nasir
Komposer : Dato' M. Nasir
Lirik : Dato' M. Nasir

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Naskah ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Dato M. Nasir, Faizal Hussein, Vanida Imran, Natasha Charmaine, Omar Abdullah, Sophia Ibrahim, Dato Jalaludin Hassan, Dato Rahim Razali, Noramin Mosyi, Dewa Sapri dan ramai lagi.

  • Dato M. Nasir sebagai Haji Mihad
  • Faizal Hussein sebagai Haji Syamsuri
  • Vanida Imran sebagai Rubiah
  • Natasha Charmaine sebagai Siti Nur Aisyah
  • Omar Abdullah sebagai Dato Berseban Merah
  • Sophia Ibrahim sebagai Hajah Syamsiah
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai YDP Majlis Agama
  • Dato Rahim Razali sebagai Haji Abdul Rahman

Sinopsis Filem Imam

Filem Imam mengisahkan tentang kepulangan Haji Mihad ke kampungnya, Kampung Anggrik Desa, setelah lama menghilangkan diri. Setelah dilantik oleh penduduk kampung untuk menjadi Imam baharu menggantikan Imam tua, Haji Abdul Rahman, beliau berusaha untuk membawa pambaharuan kepada masjid tersebut namun usahanya ditemui dengan tentangan dari penduduk yang masih jumud.

Setelah pelantikannya, Imam Haji Mihad cuba membawa pembaharuan di kampungnya. Tujuan baiknya untuk menarik para pemuda kampung datang ke masjid telah mendapat tentangan dari penduduk yang masih jumud. Setiap pembaharuan yang dibuat disalahertikan oleh pihak yang anti kepimpinannya di Masjid Haji Salleh.

Penentangan bertambah hebat apabila beliau memberi khutbah tanpa menggunakan teks yang disediakan oleh Majlis Agama. Akibatnya, beliau telah dipanggil dan disoal siasat oleh Pejabat Majlis Agama.

Keadaan juga semakin buruk apabila perkhabaran adanya emas di sekitar kawasan masjid telah menyebabkan kehadiran penduduk kampung ke masjid berkurangan oleh kerana aktiviti melombong emas yang gian dilakukan.

Apa yang menyedihkan Imam Kampung Anggerik Desa ini ialah nyawanya turut terancam akibat hasad dengki saudara sepupunya sendiri iaitu Haji Syamsuri.

Filem Imam Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

Filem Imam Di Pawagam Mulai 2 Mac Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post