Filem Seratus Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Filem Seratus Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Berita baik kepada mereka yang menunggu sebelum ini apabila filem Seratus kini boleh ditonton menerusi platform penstriman Netflix Malaysia mulai 3 Mac 20223 dan seterusnya.

Filem arahan Feroz Kader ini pernah ditayangkan di panggung wayang seluruh mulai 6 Oktober pada tahun lalu dan menjadikannya ia lebih unik apabila terdapat 100 pelakon ternama dalam filem ini.

Baca : Info Dan Sinopsis Filem Seratus

Selain daripada pelakon utama seperti Sharul Kamal, Sara Ali, Marissa Yasmin, Fauzi Nawawi, Fify Azmi, Wan Hanafi Su, Hafeez Mikail, dan Riz Azman, terdapat juga penampilan khas seperti Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli, Azri Iskandar, Adam Lee, Awie, Izzue Islam dan sehinggalah ke 100 orang.

'Seratus' mengisahkan tentang pemuda bernama Hafiz, yang mahu menyelamatkan ibunya diculik. Satu-satunya 'klu' atau panduan yang boleh membantu bagi menyelamatkan ibunya, ialah sekeping wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya.

Jadi nak tahu kesudahannya, anda boleh tonton dan strim filem Seratus di Netflix dengan yuran langgan serendah RM17 sebulan.

Tonton Filem Seratus - Netflix

Filem Seratus Kini Boleh Ditonton Di Netflix

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post