Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Madrid Spain Masters 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Madrid Spain Masters 2023

Selepas selesai di Basel, Switzerland, para pemain badminton bergerak ke sebuah lagi negera eropah bagi mengharungi kejohanan seterusnya iaitu Madrid Spain Masters 2023 bermula 28 Mac hingga 2 April 2023 bertempat di Centro Deportivo Municipal Gallur, Madrid Spain.

Madrid Spain Masters 2023 merupakan kejohanan kesembilan dalam kalendar BWF World Tour 2023 dan ianya merupakan acara berstatus Super 300 sama seperti kejohanan sebelum ini.

Kejohanan ini masih menawarkan mata ranking BWF yang baik bagi setiap penyertaan beserta hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak USD210,000 atau sekitar RM890 ribu.

Kejohanan : Madrid Spain Masters 2023
Status : Super 300
Tarikh : 28 Mac hingga 2 April 2023
Tempat : Centro Deportivo Municipal Gallur, Madrid Spain
Hadiah : USD210,000 (~RM890 Ribu)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Madrid Spain Masters 2023

Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan pemain-pemain negara yang bakal menggalas cabaran dalam kejohanan kali ini termasuk pemain dibawah naungan mereka dan juga pemain-pemain profesional negara.

Terdapat 5 kategori kesemunya bagi setiap kejohanan BWF dan dalam kejohanan kali ini, Malaysia berjaya layak untuk semua kategori kecuali Beregu Wanita.

[Perseorangan Lelaki] - Cheam June Wei, Soong Joo Ven, Leong Jun Hao

[Perseorangan Wanita] - Kisona Selvaduray

[Beregu Lelaki] - Goh V Shem/Lim Khim Wah, Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci

[Beregu Wanita] - Tiada wakil

[Beregu Campuran] - Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie, Chan Peng Soon/Cheah Yee See

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF Madrid Spain Masters 2023

Untuk kejohanan ini, perlawanan akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Walaubagaimanapaun, tayangan hanya akan bermula pada peringkat separuh akhir dan sehingga final iaitu pada 1 dan 2 April ini.

Tetapi untuk peringkat awal, anda masih boleh saksikan secara langsung secara live streaming yang dibawakan oleh pihak BWF sendiri menerusi saluran youtube rasmi di BWF TV.

Sekiranya tiada tayangan, kemungkinan anda perlu sambungan VPN (tengok sini) untuk mendapat akses tonton khusus untuk daripada luar kawasan.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Madrid Spain Masters 2023

Berikut merupakan senarai jadual penuh yang melibatkan wakil dan pemain Malaysia sahaja dalam kejohanan Madrid Spain Masters 2023. Untuk keputusan akan dikemaskini setiap kali perlawanan tamat.

Jadi untuk peminat badminton tanah air khususnya, jangan terlepas untuk menyaksikan kejohanan badminton dan terus berikan sokongan kepada pemain-pemain negara.

28 Mac 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang waktu Malaysia

[Kelayakan, Q]

[MS] Soong Joo Ven (MAS) vs (DEN) Magnus Johannesen - [21-19, 27-29, 16-21]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (TPE) Chi Yu Jen - [19-21, 21-19, 21-19]

[MD] Goh V Shem/Lim Khim Wah (MAS) vs (DEN) A. Sondergaard/Jesper Toft - [19-21, 21-15, 18-21]

[MS] Magnus Johannesen (DEN) vs (MAS) Leong Jun Hao - [21-17, 21-19]

[Pusingan 32]

[MD] Lucas Corvee/Ronan Labar (FRA) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [22-20, 21-23, 19-21]

---------------------------------------------

29 Mac 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang waktu Malaysia

[XD] Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (TPE) Chang Ko-Chi/Lee Chih Chen - [19-21, 10-21]

[XD] P Jordan/Melati Oktavianti (INA) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [21-18, 21-19]

[MS] Christian Adinata (INA) vs (MAS) Cheam June Wei - [21-15, 21-13]

[WS] Malvika Bansod (IND) vs (MAS) Kisona Selvaduray - [21-19, 16-21, 21-9]

---------------------------------------------

30 Mac 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang waktu Malaysia

[MD] K Mitsuhashi/H Okamura (JPN) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [21-19, 13-21, 21-16]

---------------------------------------------

31 Mac 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 6.00 petang waktu Malaysia

[Tiada lagi wakil Malaysia untuk pusingan ini]

---------------------------------------------

1 April 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 6.00 petang waktu Malaysia

[Tiada lagi wakil Malaysia untuk pusingan ini]

---------------------------------------------

2 April 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang waktu Malaysia dengan mengikut giliran

[XD] M Christiansen [8]/Alexandra Boje (DEN) vs (INA) Praveen Jordan/Melati Daeva Oktavianti

[WD] Chen Fang Hui/Du Yue (CHN) vs (CHN) Liu Sheng Shu/Tan Ning

[MS] Kenta Nishimoto [1] (JPN) vs (JPN) Kanta Tsuneyama [2]

[WS] Gregoria Mariska Tunjung [5] (INA) vs (IND) Pusarla V. Sindhu [2]

[MD] Fang-Chih Lee/Fang-Jen Lee (TPE) vs (CHN) He Ji Ting/Zhou Hao Dong

---------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di https://bwfworldtour.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post