Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2024

Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2024

Umum ketahui, malam Nisfu Syaaban untuk tahun 1445H bersamaan tahun 2024 adalah jatuh pada 25 Februari 20248 (Selasa) bersamaan dengan 15 Syaaban.

Tetapi mengikut kalendar islam, permulaan tarikh baru adalah bermula selepas maghrib. Jadi malam Nisfu Syaaban adalah bermula 24 Februari 2024 (Sabtu) dimana ketika sahaja masuk waktu solat Maghrib.

Syaaban adalah bulan yang kelapan dalam kalendar Islam. Dinamakan bulan Syaaban kerana padanya terdapat kelebihan yang banyak. Sebahagian daripada ulama turut mengatakan bahawa memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban adalah sebagai persediaan untuk menghadapi kehadiran Ramadan.

Pada malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kita digalakkan supaya menghidupkan dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, bertaubah dan beristighfar serta Qiamullail dengan solat-solat sunat.

Selain daripada amal ibadah, kita juga boleh sampaikan salam dan ucapan baik-baik kepada rakan-rakan supaya menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan bersungguh-sungguh semata-mata mencari keredhaaNya.

Senarai Ucapan Sempena Nisfu Syaaban Untuk Tahun 2024

Berikut merupakan antara ucapan yang anda gunakan dan kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia dan boleh dijadikan sebagai panduan.

Ucapan Nisfu Syaaban 1

Salam Nisfu Syaaban semua. Semoga doa-doa kita yang diangkat ke atas dan dikabulkan oleh Allah SWT.

Ucapan Nisfu Syaaban 2

Malam Nisfu Sya'ban merupakan suatu malam yang istimewa. Pada malam ini umat Islam disarankan untuk memperteguh benteng kerohanian diri dengan berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT, di samping mendirikan solat-solat sunat, bermunajat dan bersedekah.

Salam Nisfu Syaban 1445H

Ucapan Nisfu Syaaban 3

Dalam sebuah hadith daripada Mua'az bin Jabal RA, bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Allah SWT memandang makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu mengampunkan  kesemua makhluk-Nya, kecuali yang musyrik dan yang  bermusuhan.” [Sahih ibn Hibban, No. 5665]

Salam Nisfu Syaaban 1445H

Ucapan Nisfu Syaaban 4

Maghrib hari ini masuklah malam nisfu Sya’ban. Berdoalah agar Allah SWT ampunkan kita daripada segala dosa-dosa serta menjauhkan kita dari syirik dan perbahalan yang melampau.

Salam Nisfu Syaaban kepada semua

Ucapan Nisfu Syaaban 5

Untuk semua sahabat dan kenalan.

Semoga Allah mendengar dan mengabulkan doa-doa dan menerima ibadah kita pada malam Nisfu Syaaban ini dan malam-malam seterusnya. 

Semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadan.

Ucapan Nisfu Syaaban 6

Salam Nisfu Sya'ban

Bersempena bulan Sya'ban yang mulia ini marilah sama-sama kita mempertingkat amal dan persiapan serta memperbanyakkan doa, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali menghampiri bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ucapan Nisfu Syaaban 7

SALAM NISFU SYAABAN

Kita dituntut untuk memperbanyakkan doa pada malam istimewa ini kerana padanya terdapat jaminan keampunan dan penerimaan bagi mereka yang berdoa serta berharap kepadaNya.

Ucapan Nisfu Syaaban 8

SALAM NISFU SYA'BAN 1445H/2024M

"Allah SWT menjenguk makhluk-makhlukNya pada malam nisfu Syaaban lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musrik dan orang yang bermusuhan" - Riwayat Ibn Majah

Ucapan Nisfu Syaaban 9

Malam nisfu Syaaban adalah malam yang penuh berkat dan mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan.

Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah. Semoga kita semua berada dalam akidah yang benar dan mendapat nikmat yang dijanjikan Allah SWT di akhirat kelak. Aamiinn..

Ucapan Nisfu Syaaban 10

Salam Nisfu Syaaban to my muslim's friend. May we filled tonight eith lots of duas and sunnah prayers 

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post