Senarai Bazar Ramadan Di Selangor 2023 Menyediakan Juadah Berbuka Puasa

Senarai Bazar Ramadan Di Selangor 2023

Bulan Ramadan adalah masa yang sangat bermakna bagi umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, bulan mulia ini disambut dengan cara yang unik dan istimewa, dan salah satu perkara yang paling menarik ialah kehadiran bazar Ramadan yang diadakan di seluruh negara.

Bazar Ramadan di Malaysia menawarkan pelbagai jenis hidangan makana tradisional dan makanan ringan serta minuman. Kebiasaanya juga, disinilah akan berlakunya tempat berkumpul keluarga atau rakan-rakan yang jarang berjumpa pada hari biasa. Disinilah anda akan bertembung dengan mereka dan ada yang bertanya kabar dan sebagainya.

Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan beberapa bazar Ramadan yang paling menarik dan popular di seluruh negeri Selangor. Dari Shah Alam ke Hulu Selangor, anda akan menemui pelbagai bazar yang menarik untuk anda dapatkan dan nikmati hidangan serta juadah berbuka puasa yang lazat.

Jika dilihat beberapa tahun sebelum ini, budaya bazar Ramadan ini terhenti seketika akibat wabak pandemik. Kini ianya kembali sedia kala tanpa SOP yang ketat ditetapkan oleh pihak berkuasa. Anda hanya perlu pandai jaga diri dan sekiranya bergejala, jangalah datang atau pakai face mask adalah lebih baik.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya, bazar-bazar tersebut menawarkan pelbagai jenis hidangan daripada etnik yang berbeza, masing-masing mempunyai kelainan tersendiri bagi menyediakan juadah berbuka ketika bulan Ramadan. Ada hidangan Melayu, Arab, Indonesia boleh didapati di bazar-bazar ini.

Jadi sekiranya anda tida mempunyai masa untuk masak sendiri di rumah, anda boleh sahaja datang ke mana-mana bazar Ramadan untuk dapatkan juada berbuka puasa mengikut kemampuan dan pastinya tidak membazir. Untuk orang Selangor yang tak tahu, bazar Ramadan mana yang ada di kawasan anda, boleh tengok senarai penuh dibawah bagi setiap kawasan.

Senarai Bazar Ramadan Di Selangor Untuk Tahun 2023

Secara amnya, setiap bazar Ramadan mula beroperasi dari awal hingga akhir Ramadan bermula pada pukul 3.30 petang hingga 8.00 malam. Dalam tempoh ini, anda boleh datang dan beli makanan dan minuman untuk berbuka puasa.

Sabak Bernam

  • Tapak Pasar Awam Sekinchan
  • Jalan Bunga Matahari Sungai Besar
  • Dataran Usahawan Sabak
  • Dataran Tanah Lesen Parit Baru
  • Tapak Pasar Malam Pasir Panjang

Hulu Selangor

  • Tapak penjaja JRD Jalan Ara Batang Kali
  • Tapak pasar malam Bukit Sentosa
  • Tapak pasar pagi Taman Seri Batang Kali
  • Taman Cempaka Serendah
  • Antara Gapi Serendah
  • Jalan Seroja Bukit Sentosa
  • Jalan Telipot Bukit Sentosa
  • Jalan Kantan Bukit Beruntung
  • Sebelah medan selera Sungai Buaya

Kuala Langat

  • Tapak pasar malam Banting
  • Taman Langat Murni
  • Hadapan aked makan Tanjung Sepat
  • Tapak pasar malam Taman Pahlawan
  • Tapak parkir Batu Laut
  • Jalan Cengal Taman Banting Baru
  • Jalan Emas 1 Bandar Sungai Emas
  • Tapak pasar malam Sungai Rambai
  • Jalan Palas 2 Taman Dato Hormat

Kuala Selangor

  • Hadapan IADA Kuala Selangor
  • Hadapan Lotus Kuala Selangor
  • Jalan KP/2 Pusat Bandar Tg Karang
  • Medan Selera MPKS Jalan Bomba
  • Jalan Naluri Sukma Puncak Alam
  • Hadapan balai raya Saujana Utama
  • Jalan Sejati 1 Kampung Ijok
  • Jalan DC 4/5 Desa Coalfields
  • Tapak pasar malam awam lama Sg Buloh
  • Jalan Puncak Alam Jaya 10
  • Astana Alam Fasa 3
  • Alam Jaya Puncak Alam
  • Jalan Dataran Suria 15/7/1

Selayang

  • Dataran Shell Greenwood
  • Jalan Samudra Timur Taman Samudra
  • Bandar Baru Selayang
  • Jalan 11 Taman Selayang Utama
  • Jalan E 3/8 Taman Ehsan Selayang
  • Jalan 11B Selayang Baru
  • Dataran Masjid Nurul Yaqin
  • Puteri Central Park
  • Bandar Rawang
  • Dataran Niaga Tun Teja Rawang
  • Tapak pasa malam Green Valley

Klang

  • Lorong Haji Umar Pulau Indah
  • Taman Kem Pelabuhan Klang
  • Flat Samudera Pulau Indah
  • Jalan Sg. Chandong 8
  • Pasar awam Telok Gong
  • Pandamaran Jaya, Jalan 97
  • Pandamaran Jaya, Jalan 9
  • Taman Pandamar Indah 2
  • Pangsapuri Seri Perantau
  • Taman Setia Johan Setia
  • Badar Puteri Johan Setia
  • Tapai Penjaja Bandar Putera 2
  • Jalan Penghulu Abu Bakar
  • Jalan Kluang
  • Jalan Bukit Kuda
  • Bandar Baru Klang Jalan Tiara
  • Bandar Sultan Suleiman (dekat masjid)
  • Jalan Paip Pekan Meru
  • Jalan Raja Mokhtar Kapar

Shah Alam

  • Jalan 6/1F Seksyen 6
  • Jalan Kristal AS7/AS Seksyen 7
  • Jalan Liku A 8/A Seksyen 8
  • Jalan 16/3 (hadapan dewan MBSA)
  • Jalan 17/20 (hadapan dewan MBSA)
  • Jalan 18/34 (hadapan klinik Ahmad Shah)
  • Tapak pasar malam Jalan 19/D Seksyen 19
  • Jalan Singa 20/2 Seksyen 20
  • Tapak Usahawan Mikro Jalan Timur 24/C
  • Jalan Teraju 25/67
  • Jalan Bukit Raya 27/8
  • Jalan 28/5 (berhampiran KFC)
  • Jalan Saujana Indah TTDI Jaya
  • Tapak pasar malam Jalan Dinar
  • Jalan Nova N U5/N
  • Jalan Matahari U5/117
  • Jalan U5/BV Subang 2
  • Jalan C U8/C Bukit Jelutong
  • Jalan Setia Prima A U13/A
  • Jalan Setia Perdana BB U13/BB
  • Jalan BRP 1/4, Bukit Rahman Putra

Petaling Jaya

  • Jalan PJS 2/3 Taman Medan
  • SS6/1 Kelana Jaya
  • Seksyen 17/1A
  • SS 8 Sungai Way
  • Taman Sri Manja PJS 1/30
  • Seksyen 14/27 (Pasar Seksyen 14)
  • Kampung Lindungan PJS 6/3
  • Desa Mentari PJS 6/5
  • Seksyen 51A Kampung Baiduri
  • Seksyen 8 Sungai Jernih
  • Seksyen 3 Jalan Sentosa 3/57
  • Lembah Subang
  • Kampung Sungai Kayu Ara
  • Seksyen 4 Kota Damansara
  • Jalan Teknologi 3/1 Kota Damansara
  • Seksyen 7 Kota Damansara
  • Apartment Vista Bussiness Centre
  • Prima Damansara
  • Jalan Kenyalang 11/1 Kota Damansara

Subang Jaya

  • Jalan USJ 4/5
  • USJ 7
  • USJ 1 (Pangsapuri Angsana)
  • Batu 3 Shah Alam
  • SS 19
  • SS 13/1A
  • Jalan BK 5A/1
  • Jalan TK 4/5
  • Dataran Niaga Puchong Permai
  • Jalan Prima 5/1
  • Jalan PU 7/2
  • Kampung Tengah Jalan Kempas
  • Jalan SP 3 Pangsapuri Sri Begonia
  • Putra Heights (tepi jalan Petaling)
  • Jalan 18/35 Taman Seri Serdang
  • Jalan PP 1B Taman Equine
  • Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil
  • Jalan LEP 1/1C Lestari Putra
  • Jalan Putra Permai Selesa
  • Jalan LP 7/2 Taman Lestari Perdana

Ampang Jaya

  • Padang Perbandaran MPAJ
  • Kompleks Muhibbah Pandan Indah
  • Pandan Jaya
  • Taman Sri Bayu
  • Bukit Indah
  • Taman Melawati
  • Keramat Permai
  • Jalan AU2
  • AU5 Keramat
  • Taman Permata
  • Jalan Ukay Perdana 1
  • Bandar Baru Ampang
  • Jalan 16A Taman Dato' Ahmad Razali
  • Jalan Pandan Cahaya 1/1

Sepang

  • Bazar Ramadan Kosmopleks
  • Bazar Ramadan Taman Putra Perdana
  • Bazar Ramadan Dengkil
  • Bazar Ramadan Sungai Pelek
  • Bazar Ramadan Pekan Salak
  • Bazar Ramadan Kota Warisan (Kip Mall)
  • Bazar Ramadan Taman Mas
  • Bazar Ramadan Desa Pinggiran Putra
  • Bazar Ramadan Sungai Merab
  • Bazar Ramadan Taman Dengkil Jaya
  • Bazar Ramadan Cyberjaya

Kajang

  • Jalan Jenaris 2A
  • Lot komersial Jaln Kantan Permata
  • MPA Batu 13 Jalan Cheras
  • Dataran Prima Saujana
  • Jalan Reko Sentral 2
  • Tapak pasar malam Taman Jasmin
  • Pasaraya Eco Shop TTDI Grove
  • Jalan Seri Putra 1/3
  • Bandar Tun Hussein Onn
  • Laman Niaga Bandar Mahkota Cheras
  • Tapak pasar malam Tun Perak
  • Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
  • Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
  • Taman Ramal Indah
  • Bandar Teknologi Kajang
  • Jalan TPS 1/1 (hadapan Lotus)
  • Jalan 3/1 Bandar Tasik Kesuma
  • Pekan Sari Beranang
  • Tapak pasar malam Taman Sri Nanding

Ini merupakan antara senarai bazar Ramadan popular dan terkenal di seluruh negeri Selangor untuk tahun 2023 yang mana ianya dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Diingatkan juga supaya anda beli juadah berbuka puasa yang perlu dan tidak mengikut nafsu yang mana boleh bawa kepada pembaziran.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post