Siaran Langsung Formula One F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2023

Siaran Langsung Formula One F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2023

Musim Formula 1 tahun 2023 akan bermula pada Ahad ini dengan Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir, Bahrain. Perlumbaan akan bermula pada 11 malam untuk waktu Malaysia.

Max Verstappen akan kembali beraksi sebagai juara bertahan F1 dua-kali. Red Bull Racing, Ferrari dan Mercedes semua masih mengekalkan barisan pemandu mereka yang terbaik kerana kesemua dijangkan akan memberikan saingan yang sengit.

Namun begitu, ianya kini baru bermula. Adakah Max Verstappen akan mengekalkan kejuaraan ketiga berturut-turut bersama Red Bull kali ini? Bolehkah Lewis Hamilton dan Mercedes kembali ke landasan kemenangan mereka?

Selain itu, bagaimanapaun pemandu rookie iaitu Loga Sargeant, satu-satunya warga Amerika yang bakal beraksi dalam musim F1 pertamanya? Banyak perkara menarik yang kita bakal saksikan untuk musim yang panjang kali ini.

Tayangan Siaran Langsung Formula One Gulf Air Bahrain Grand Prix 2023

Peminat F1 diseluruh dunia pastinya terujua dengan kembalinya musim terbaru ini. Dijadualkan sebanyak 23 perlumbaan akan berlangsung sepanjang tahun 2023 dengan melibatkan 10 jentera dengan 20 pemandu F1 terbaik dunia.

Musim kali ini juga, anda masih boleh saksikan siaran langsung perlumbaan F1 menerusi saluran Astro dan Unifi TV. Perlumbaan di Bahrain akan disiarkan secara live di beIN Sports HD (CH818) atau boleh tonton secara online juga di Astro Go.

Jika tiada langganan Astro Go, perlumbaan ini juga boleh distrim di aplikasi beIN Sport Connect dengan yuran langganan RM28.00 sebulan atau boleh juga langgan Sooka dengan harga bermula RM41.90 sebulan.

Jadual Perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2023

Perlumbaan pertama F1 Gulf Air Bahrin Grand Prix 2023 akan bermula dengan sesi ujian masa pada 3 dan 4 Mac 2023 dan diikuti dengan sesi kelayakan masa pada 4 Mac bersiaran pada pukul 11.00 malam.

Sesi perlumbaan sebenar akan berlangsung pada hari Ahad, 5 Mac 2023 di Litar Antarabangsa Bahrain yang akan bermula pada jam 11.00 malam ditayangkan di beIN Sports (CH818).

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post