Telefilem Budak Pam Minyak Di TV1

Telefilem Budak Pam Minyak Di TV1

Saksikan telefilem Budak Pam Minyak yang akan menemui penonton pada 4 Mac 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Naskah tentang kekeluargaan ini bakal menampilkan gandingan daripa pelakon seperti Syed Irfan, Rahhim Omar, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Allout Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Adon Gadok dengan nukilan skrip bersama daripada Pouvin dan Tommy Loh.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Rahhim Omar, Syed Irfan, Fazlina Hj Ahmad Daud, Irfan Danial, Ummi Umairah, Wan Sharmila dan ramai lagi.

  • Syed Irfan sebagai Amir
  • Rahhim Omar sebagai Pak Abu
  • Wan Sharmila sebagai Cikgu Zetty
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Ngah
  • Ifran Danial sebagai Manan

Sinopsis Telefilem Budak Pam Minyak

Telefilem Budak Pam Minyak mengisahkan tentang Amir yang meneruskan kerja bapanya setelah ayahnya meninggal dunia iaitu bekerja di stesen minyak Pak Abu.

Amir merasakan kerjanya sangat mencabar kerana banyak kerja dan tugasan yang perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain seperti membersih dan melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.

Kini Amir anak yatim piatu dan tinggal seorang diri tanpa ibu bapa. Disebabkan itu, Pak Abu menawarkan diri untuk menjaga Amir seperti anaknya sendiri hingga satu hari dia menawarkan dan mewariskan perniagaan stesen minyak tersebut kepada Amir untuk mengusahakannya.

Telefilem Budak Pam Minyak Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post