Telefilem Enjit-Enjit Semut Di TV3

Telefilem Enjit-Enjit Semut Di TV3

Saksikan telefilem Enjit-Enjit Semut yang akan menemui penonton pada 26 Mac 2023, bersiaran pada hari Ahad jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di web dan aplikasi Tonton.

Telefilem komedi yang idea asalnya daripada Zabidi Mohamed ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Zabidi Mohamed.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nabil Aqil, Yuna Rahim, Danish Hazriq, Jay Nazif, Syed Ali Murthada, Usop Wilcha, Fathil Dani, Rashid Jaafar, Kamarool Hj Yusuf, Dewa Sapri, Kamal Ibrahim, Nami Nassir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nabil Aqil sebagai Muaz
  • Yuna Rahim sebagai Shaza
  • Usop Wilcha sebagai Hj. Daud (Pengerusi)
  • Kamaroll Hj Yusoff sebagai Pak Dollah
  • Rashid Jaafar sebagai Mejar (B) Jamaludin
  • Dewa Sapri sebagai Hj. Dorani (Tok Mudim)
  • Fathil Dani sebaga Hj. Wan Ismail (Imam)
  • Danish Hazriq sebagai Izzuddin
  • Syed Ali Murtadha sebagai Afiq
  • Jay Nazif sebagai Nazim

Sinopsis Telefilem Enjit-Enjit Semut

Telefilem Enjit-Enjit Semua mengisahkan tentang AJK Masjid yang semua terdiri daripada warga emas dan warga pencen. Kali ini mereke memberi peluang kepada 5 pelajar sekolah menengah untuk menjadi AJK Masjid dengan melakukan program untuk 'meremajakan' aktiviti-aktiviti masjid.

Dengan perubahan itu, AJK Masjid yang terdiri warga emas ini berharap program yang dijalankan oleh pelajar-pelajar tersebut berjaya menarik lebih ramai qariah tempatan untuk datang solat jemaah dan mengimarah kan masjid tersebut.

Tayangan Telefilem Enjit-Enjit Semua

Apakah kesudahan pada akhirnya? Untuk ketahui jangan lupa untuk saksikan telefielm Enjit-Enjit Semua pada 26 Mac ini, hari Ahad pada pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem Enjit-Enjit Semut Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post