Telefilem Imam Samar-Samar Di TV9

Telefilem Imam Samar-Samar Di TV9

Saksikan telefilem Imam Samar-Samar yang akan menemui penonton pada 31 Mac 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada bulan Syawal 2017 yang lalu ini merupakan terbitan syarikat produksi ZK Creative Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip daripada Shawal Anwar Saedi.

Sinopsis Telefilem Imam Samar-Samar

Telefilem Imam Samar-Samar menampilkan barisan pelakon seperti Johan As'ari, Mawar Rashid, Shamsul Ghau Ghau, Mubarak Majid, Ku Faridah Ku Shafie dan ramai lagi.

  •  Johan As'aari sebagai Azmi
  • Mawar Rashid sebagai Cempaka
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Rahim
  • Mubarak Majid sebagai Imam Hanafi
  • Ku Faridah Ku Shafie sebagai Mak Nah

Ianya mengisahkan tentang sorang guru dan bilal di Masjid Al-Hidayah iaitu Rahim. Dia ditugaskan oleh pengerusi dan imam besar masjid, Haji Hanafi untuk mencari seorang Imam jemputan untuk mengetuai solat terawih di bulan Ramadan.

Azmi mendapat idea untuk menyamar menjadi 'imam jemputan'. Suatu hari, Azmi menyedari dirinya langsung tidak layak menjadi imam. Azmi kemudiannya menghubungi Rahim. Dia meminta maaf dan berjanji akan menebus kesalahannya.

Rahim menyuruh Azmi menebus dengan menjadi seorang imam yang sebenarnya. Demi menebus kesalahannya, Azmi belajar untuk menjadi imam. Azmi akhirnya mula berubah dan berjaya mencuri hati anak imam di kampung tersebut.

Telefilem Imam Samar-Samar Di TV9

Telefilem Imam Samar-Samar Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post