Telefilem Lari Cabi Lari Di TV2

Telefilem Lari Cabi Lari di TV2

Saksikan telefilem Lari Cabi Lari yang akan menemui penonton semula pada 21 Mac 2023, bersiaran pada hari Selasa jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem dengan idea asal daripada Funwerk yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Funwerk Sdn. Bhd. sendiri, diarahkan oleh Megat Sharizal dengan nukilan skrip daripada Hadi M Nor.

Telefilem yang menampilkan lakonan daripada Eric Fuzi ini menceritakan bagaimana kesan yang buruk akan berlaku apabila ejekan tubuh dan komen negatif tentang berat badan (body shaming) terhadap seseorang yang lain.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Lari Cabi Lari ini seperti Eric Fuzi, Jasper Supayah, Sri Kumaran, Syrul Ezwan, Sri Kumaran, Hafizee Hatta, Syafiq Aiman, Amirul Ilias, Kween Keela, Aqil Nahar dan ramai lagi.

  • Eric Fuzi sebagai Rahmat (Cabi)
  • Jasper Supayah sebagai Mariah
  • Syrul Ezwan sebagai Daniel
  • Sri Kumaran sebagai Selvan

Sinopsis Telefielm Lari Cabi Lari

Telefielm Lari Cabi Lari mengisahkan tentang Cabi iaitu seorang pemuda dari kampung yang baru meneruskan pelajarannya di kolej. Dia mempunyai berat badan yang berlebihan dan mempunyai masalah menyesuaikan diri. Cabi cuba menyesuaikan diri tapi menghadapi kesukaran. Dia berkenalan dengan Mariah yang peramah dan menyebabkan Cabi jatuh hati.

Disebabkan fizikalnya yang gemuk, Cabi terpaksa berhadapan dengan cabaran dari buli yang merendah-rendahkan dirinya. Cabaran yang dihadapi Cabi ketika cuba menawan hati gadis yang disukainya dan cuba menjadi seorang yang lebih tabah. 

Tanpa disedari, Mariah mempunyai seorang teman, Daniel. Daniel menyedari bahawa Cabi menyukai Mariah. Tanpa pengetahuan Mariah, Daniel membuli Cabi dan memalukannya di hadapan rakan-rakannya. Kejadian itu menjadi melampau sehinggalah dilihat oleh Selvan, teman sebilik Cabi.

Selvan mengajak Cabi bertemu dengan Daniel untuk menyelesaikan masalah mereka. Selvan kata jangan risau kerana dia akan menemani Cabi. Daniel merupakan seorang atlet trek dan padang. Jadi mereka bertemu dengan Daniel. Ketika itu Daniel sedang berlatih untuk pemilihan wakil kolej untuk acara 5000m.

Daniel hanya mentertawakan Cabi yang cuba meminta Daniel jangan menganggunya. Selvan yang hilang sabar menyampuk dan memberi cabaran pada Daniel, jika Cabi berjaya melayakkan dirinya mewakili kolej, Daniel tidak akan menganggu Cabi lagi. Daniel setuju dan Cabi mula berlatih bersama Selvan.

Selvan merupakan bekas atlet Karate membantu Cabi. Cabi juga menjadi rapat dengan Mariah. Pada mulanya dia takut untuk berkawan dengan Mariah kerana bimbang diketahui Daniel, namun Mariah menjelaskan bahawa dia dan Daniel hanyalah rakan dari sekolah. Mereka kelihatan rapat kerana sewaktu datang di kolej, Daniel hanya mengenali Mariah.

Cabi berlatih hampir setiap hari bersama Selvan. Pada mulanya dia mahu berputus asa kerana latihan agak sukar. Namun Selvan meyakinkan Cabi untuk meneruskan latihan. Latihan Cabi juga dirakam oleh Selvan dan ianya mendapat perhatian kerana menjadi inspirasi kepada netizen.

Dengan tidak sengaja Cabi menjadi seorang influencer kerana kegigihannya menjalani latihan. Sehinggakan ada yang meminta Cabi menjadi model “plus-size” mereka. Perkara ini tidak disenangi oleh Daniel. Meskipun Daniel yakin bahawa Cabi tidak akan berjaya melayakkan dirinya menjadi atlet kolej, namun maruahnya tercabar kerana perhatian yang diterima oleh Cabi.

Dia juga menjadi malu kerana Mariah berhadapan dengannya dan bertanyakan mengapa dia mengaku dia adalah teman lelaki Mariah sedang kan mereka hanya kawan. Daniel memanggil rakan-rakannya dan merancang sesuatu. Daniel membocorkan video Cabi dibuli di internet. Rupa-rupanya, tanpa disedari, mereka merakam kejadian itu. Video itu tersebar secara luas dan akhirnya sampai ke pengetahuan Cabi. Cabi yang malu, membuat keputusan untuk berhenti kolej dan pulang ke kampung.

Dia mengemas barang-barangnya dan cuba mengambil bas. Selvan hanya mendapat tahu berita itu setelah melihat barang Cabi telah tiada. Dia mengajak Mariah mencari Cabi. Sebenarnya Cabi tidak berjaya mendapatkan tiket bas kerana terlalu lewat. Dia keseorangan di stesen bas dan ditemui oleh Mariah. Mariah cuba memujuk Cabi untuk balik ke kolej, namun Cabi sudah putus asa. Dia sering dibuli sejak dari kecil. Dia menyangka perkara begini tidak akan berlaku lagi padanya setelah dia masuk kolej.

Tiba-tiba Mariah mededahkan bahawa dia juga pernah dibuli ketika sekolah dulu. Video buli yang didedahkan oleh Daniel dan rakan-rakannya itu sebenarnya telah backfire kepada mereka. Mereka yang berniat untuk memalukan Cabi, tetapi netizen pula menjadi marah kepada mereka.

Hari pemilihan telah tiba. Cabi bersedia untuk memulakan larian. Daniel yang telah malu, menyimpan dendam yang amat tinggi kepada Cabi, lebih-lebih lagi Mariah kini menyokong Cabi. Larian dimulakan, Daniel mendahului namun dia terkejut kerana Cabi berjaya menyaingi kelajuannya, dia naik marah dan menendang kaki Cabi dan mencederakannya. Perbuatannya itu menyebabkan Cabi jatuh.

Tayangan Telefilem Lari Cabi Lari

Jadi nak tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan telefilem Lari Cabi Lari pada 21 Mac ini, hari Selasa pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik

Telefilem Lari Cabi Lari di TV2

Telefilem Lari Cabi Lari di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post