Telefilem Manikam Hati Di TV9

Telefilem Manikam Hati Di TV9

Saksikan telefilem Manikam Hati yang akan menemui penonton pada 3 Mac 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Layar Consult Sdn. Bhd., arahan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Nurul Halawati Bt Haron.

Sinopsis Telefilem Manikam Hati

Telefilem Manikam Hati menampilkan barisan pelakon seperti Siti Shahrizah (Eja), Pekin Ibrahim, Rusdi Ramli, Faralyna Idris, Afieq Shazwan, Hamidah Wahab dan ramai lagi.

  • Eja sebagai Sheriza
  • Pekin Ibrahim sebagai Zaharin
  • Rusdi Ramli sebagai Farihin
  • Faralyana Idris sebagai Raihana
  • Hamidah Wahab sebagai Puan Hanifah
  • Afieq Shazwan sebagai Akim

Ianya mengisahkan tentang Zaharin iaitu seorang lelaki bujang sanggup mengahwini ibu tunggal, Hidayah, 10 tahun lebih tua usia daripadanya demi menjaga kebajikan wanita itu dan menjaga anaknya, Akim.

Namun keikhlasan dan pengorbannya disalahertikan hanya kerana jarak usia.

Telefilem Manikam Hati Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post