Koleksi Senarai Ucapan Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2024

Koleksi Senarai Ucapan Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2023

Bulan yang dirindui, Ramadan kini telah tiba. Bulan suci umat Islam yang penuh dengan keberkatan ada didalamnya. Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengejar ganjaran dan segala tawaran yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ada dalam bulan Ramadan.

Dalam keterujaan menyambut kedatangan bulan Ramadan 2024 kali ini, pelbagai perkara yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kegembiraan atas kehadirannya adalah satunya adalah saling bertukar ucapan Ramadan yang boleh dikongsikan menerusi media sosial.

Dengan perkongsian ucapan Selamat Berpuasa kepada orang ramai terutamanya kenalan dan ahli keluarga, sedikit sebanyak boleh menjadi motivasi terutamanya bagi diri sendiri untuk terus semangat selama berada dalam bulan keberkatan ini.

Selain itu, sebenarnya dengan ucapan ini juga boleh menjadi doa. Mintalah dan berdoalah kepada sang pencipta terutamanya dalam Ramadan supaya diberikan kemudahan untuk ikhlas beribadah dan pastinya mencari pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Ucapan ini anda boleh kongsikan dalam pelbagai bentuk. Boleh anda hantar ucapan ringkas ke rakan dalam bentuk potongan hadis, ayat al-Quran, kata-kata semangat, dalam bentuk pantun, video mahupun dalam bentuk poster.

Bulan Ramadan 2024M/1445H Di Malaysia

Mengikut kalendar Islam 1444H, umat Islam di Malaysia akan menyambut awal Ramadan pada 12 Mac 2024 iaitu pada hari Selasa yang juga bersamaan dengan 1 Ramadan 1445H. Jadi pada malam 11 Mac, umat Islam sudah mula mendirikan solat sunat tarawih.

Tambahan lagi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang berpakaian melayu lengkap berwarna merah jambu juga telah mengumumkan secara rasmi umat Islam di Malaysia akan berpuasa bermula 12 Mac 2024.

Jadi dengan ketibaan bulan Ramadan ini, kita sebagai muslim seharusnya menyambut dengan gembira kerana didalamnya mempunyai rahmah dan keberkatan. Selain itu juga, pada bulan Ramadan akan dibuka pintu-pintu syurga oleh Allah SWT.

Senarai Ucapan Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2024

Berikut antara contoh dan senarai ucapan sempena bulan Ramadan dan ucapan Selamat Berpuasa untuk tahun 2024 daripada pelbagai sumber yang anda boleh jadikan sebagai panduan untuk digunakan. Kemudian kongsikan di media sosial anda sebagai semangat menyambut bulan Ramadan

Ucapan Ramadan 1

Salam Ramadan 1445H/2024

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa". - Surah al-Baqarah ayat : 183

Ucapan Ramadan 2

Saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khususnya masyarakat di Malaysia.

Semoga Ramadan kita untuk tahun ini menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Ucapan Ramadan 3

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 2024/1445H

Semoga Ramadan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat 'mardhatillah' yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani.

Ucapan Ramadan 4

Selamat menyambut bulan Ramadhan bagi yang beragama Islam. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna serta saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan. 

Ucapan Ramadan 5

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

"Barang siapa bergembira dengan masuknya bulan Ramadan, maka Allah akan mengharamkan jasadnya masuk negara". - Riwayat dalam kitab Durrat An-Nasihin

Ucapan Ramadan 6

Marhaban ya Ramadan

Semoga amal ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT

Ucapan Ramadan 7

Salam Ramadan Al-Mubarak

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhanNya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas" - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Ucapan Ramadan 8

Salam Ramadan dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadan 2024 yg cukup mulia ini dan juga selamat berpuasa kepada anda semua. Mohon maaf jika ada yang tersilap kata atau perbuatan yang mengguris hati. Semoga Bulan Ramadan kali ini adalah yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.

Ucapan Ramadan 9

Sambutlah Ramadan dengan jiwa terbuka seperti ketibaan orang yang kita cinta denga ucapan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan dengan hati gembira pintu terbuka, Rahmat Alla yang Maha Besar.

Ucapan Ramadan 10

Selembut embun di pagi hari,
Sepuluh jari mengadah tangan,
Ucapan salam setulus hati,
Selamat menunaikan ibadah

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadan 1445H/2024

Ucapan Ramadan 11

Marhaban Ya Ramadan. Kullu Sanah Wa Antum Tayyibun (Selamat Datang Ramadan. Semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat).

Marilah kita sentiasa bersyukur dan semoga Ramadan Tahun 2024 yang bakal menjelang esok akan dihiasi kedamaian yang penuh keberkatan. Selamat menunaikan Ibadah Puasa

Ucapan Ramadan 12

Ramadan Mubarak

Diawali dengan bismillah, menyambut bulan penuh berkah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa 1445H/2024

Ucapan Pantun Ramadan 13

Konsep madani ilham perdana,
Dianut rakyat berbilang bangsa,
Sebulat suara kita sekata,
Bulan Ramadan disambut bersama

Ucapan Pantun Ramadan 14

Sekapur sirih berulam pinang,
Siap tersaji sebagai hidangan,
Bulan Ramadan segera datang,
Khilaf kata dan salah terucap, mohon dimaafkan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1444H

Koleksi Ucapan Ramadan Dalam Bahasa Inggeris Tahun 2024

Ucapan Ramadan 15

Ramadan is a month of blessings. And may Allah give his blessings to you and your family. Happy Ramadan 2024

Ucapan Ramadan 16

The beautiful and holy month will soon return to bring meaningful happiness to the waiting souls. Ramadan is a month full of forgiveness, it's time for us to cleanse ourselves from all sins to return to fitrah to achieve victory. Happy Ramadhan. 

Ucapan Ramadan 17

Marhaban ya Ramadan. Hopefully in this year's fasting month, we can all be more diligent in worshiping Allah SWT

Ucapan Ramadan 18

Happy Ramadan. May you reap the rewards of all your good deeds.

Ucapan Ramadan 19

May Allah bestow His mercy on us and bring us closer to success. May Allah always be with us in the month of Ramadan! 

Ucapan Ramadan 20

Dear Allah, forgive us for all our sins, and lead us to your mercy and happiness. We are your servants who are very weak, give us the strength to be able to fight all sins. Happy Ramadan 2024.

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadan Al-Mubarak semua!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post