Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Negeri Pahang

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Penjawat Awam Pahang

Beberapa hari yang, Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk tahun 2023 kepada semua penjawat awam bagi negeri Pahang.

Ini memang biasa akan diberi setiap tahun apabila tiba Hari Raya Aidilfitri. Malahan bukan negeri Pahang sahaja, tetapi setiap negeri pasti akan ada bantuan berbentu wang tunai sempena kedatangan hari raya hatta pada peringkat persekutuan juga.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban kewangan dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan bila tiba lebaran. Masa ini lah macam-macam nak beli kan; baju raya, kuih raya, langsir dan sebagainya.

Selain daripada gaji hakiki yang diperoleh setiap bulan, Bantuan Khas Aidilfitri ni dapat menampung perbelanjaan yang mungkin hanya dibelanjakan setahun sekali je iaitu bila tiba hari raya. Semua nak bergembira kan.

Sektor swasta ada yang menerima bonus daripada bos atau majikan. Jadi untuk sektor kerajaan terutamanya di negeri Pahang, Menteri Besar lah yang akan mengumumkan jumlah bonus yang diperoleh.

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Penjawat Awam Negeri Pahang

Seperti yang diumumkan, Bantuan Khas Aidilfiri Negeri Pahang tahun 2023 ini merangkumi lima kategori dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM12,956,900.

Kategori Pertama - RM1,200

Bantuan ini akan diberikan kepada 8,000 penjawat awam Negeri Pahang

Kategori Kedua - RM200

Akan diberikan kepada 700 anak yatim berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kategori Ketiga - RM200

Bakal dimanfaatkan kepada 4500 Pesara Kerajaan Negeri

Kategori Keempat - RM200

Akan diberikan kepada 700 ibu tunggal miskin

Kategori Kelima - RM500

Untuk Pengerusi JPKK, Timbalan Pengerusi JKKR, Pengerusi JPKKOA, Tok Batan dan Setiausaha JPKK sebanyak RM200.

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Untuk Penjawat Awam Pahang

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post