Tabung Haji Mengumumkan Dividen 3.10% Untuk Tahun 2022

Tabung Haji Mengumumkan Dividen 3.10% Untuk Tahun 2022

Hari ini Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan dividen atau agihan keuntungan iaitu sebanyak 3.10% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Nilai ini kekal seperti tahun 2021 yang lalu dan kali ini bakal dimanfaatkan kira-kira 8.7 juta pendeposit Tabung Haji dengan berjumlah RM2.65 bilion.

Untuk agihan 2022 ini dibuat setelah TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

Cara Semak Dividen Tabung Haji

Para pendeposit boleh menyemak dividen yang diperoleh ke dalam akaun masing-masing bermula pukul 12.00 tengah hari iaitu pada Sabtu, 29 April 2023 menerusi platform THIJARI, kuanter TH serta ATM seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan Ambank.

Buat masa ini, urusniaga TH akan ditangguhkan sementara iaitu bermula 8 malam hari ini hingga pukul 12.00 tengah hari esok bagi melancarkan urusan pengkreditan agihan keuntungan.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post