Drama Cikgu Terpaling A - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Cikgu Terpaling A di TV3

Saksikan drama terbaru Cikgu Terpaling A yang akan menemui penonton mulai 22 April 2023 (raya pertama), bersiaran setiap hari Sabtu hingga Jumaat pada jam 10.30 malam menerusi saluran TV3 dan boleh juga tonton secara online di www.hotstar.com/my

Drama 7 episod yang dibawakan sepanjan Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi Kyol Hamzah dengan nukilan skrip bersama daripada Amin Shakib, Amar Amir dan Eja Lorena.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Cikgu Terpaling A ini seperti Izzue Islam, Zamarul Hisham, Scha Elinnea, Afifah Nasir, Mark Adam, Cik B, Rosli Rahman Adam, Shamsul Ghau Ghau, Razak Ahmad, Haikal Hakimi, Amyza Aznan, Joey Daud, Azza Elite, Ieda Moin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Cikgu Wira
  • Zamarul Hisham sebagai Cikgu Johan
  • Scha Elinnea sebagai Cikgu Rose
  • Mak Adam sebgai Tahir
  • Amyza Aznan sebagai Mak Leha
  • Razak Ahmad sebagai Pak Kamal
  • Afifah Nasir sebagai Zalina
  • Azza Elite sebagai Kak Esah
  • Cik B sebagai Zetty
  • Joey Daud sebagai Pak Kassim
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Agus
  • Ieda Moin sebagai Puan Liza

Sinopsis Drama Cikgu Terpaling A

Ianya mengisahkan tentang Cikgu Wira iaitu seorang orang guru di sekolah Sri Gemilang di sebuah kampung. Dia adalah guru cemerlang yang sering dinobatkan pelbagai anugerah dan gelaran yang terpuji di sekolah.

Cikgu Wira suka pada Cikgu Rose tetapi akan berasa panik apabila cuba untuk untuk mengajak Cikgu Rose keluar. Kehadiran Cikgu Johan yang membuat Cikgu Wira berasa cemburu dan tergugat.

Walaupun bersaing dalam dalam pelbagai aspek, tetapi demi tugas dan tanggungjawab, Cikgu Wira akan berkerjasama menyelesaikan pelbagai isu.

Drama Cikgu Terpaling A di TV3

Drama Cikgu Terpaling A di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post