Drama Geng Daddy-Daddy - Sinopsis Dan Tayangan TV3

Drama Geng Daddy-Daddy Di TV3

Saksikan drama terbaru Geng Daddy-Daddy yang akan menemui penonton mulai 22 April 2023 dan bersiaran dari raya pertama hingga raya ketujuh (Sabtu - Jumaat), jam 11.30 pagi menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Drama 7 episod yang dibawakan khas sempena Raya ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Siti Solehah Abdu Ghani.

OST Drama

Lagu : Superhero
Artis : Hazama
Komposer : Hazama & Pown Hasril
Penulis Lirik : Tam Spider

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Geng Daddy-Daddy ini seperti Zamarul Hisham, Fahrin Ahmad, Fauzi Nawawi, Syazwan Zulkelfi, Rahmad Mega, Bell Ngasri, Marc Syahmie, Dato' A. Tamimi Siregar, Nor Albaniah, Farahdhiya, Amyzan Aznan dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Bell Ngasri sebagai Iskandar
  • Fahrin Ahmad sebagai Amir
  • Zamarul Hisham sebagai Adi
  • Fauzi Nawawi sebagai Shuk
  • Syazwan Zulkifly sebagai Hafiz
  • Rahmad Mega sebagai Sham
  • Marc Syahmie sebagai Muaz

Sinopsis Drama Geng Daddy-Daddy

Drama Geng Daddy-Daddy mengisahkan tentang 7 orang ayah atau daddy yang berkawan rapat dan mempunyai minat yang sama iaitu cycling.

Setiap daripada mereka mempunyai kisah dan masalah tentang keluarga, anak dan isteri masing-masing yang akan dipaparkan setiap episod bagi daddy-daddy tersebut.

Drama Geng Daddy-Daddy Di TV3

Drama Geng Daddy-Daddy Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post