Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Acara sukan Bola Sepak Lelaki untuk temasya Sukan SEA Kemboja ke-32 yang juga dikenali dengan nama SEA Games Cambodia 2023 akan berlangsung 29 April hingga 16 Mei 2023 dimana edisi kali ini Phnom Penh di Kemboja menjadi tuan rumah.

Untuk acara ini terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita. Kategori lelaki adalah daripada barisan pemain dibawah umur 22 tahun (B-22), manakala kategori wanita adalah pemain-pemain utama.

Hanya 1 pingat emas dipertandingkan bagi kedua-dua acara ini dan Malaysia punya wakil bagi kedua-duanya. Terdapat 10 pasukan yang akan merebut 'ibu segala pingat' ini termasuk Malaysia.

SEA Games Cambodia 2023

Sukan SEA 2023 yang juga dikenali dengan Cambodia 2023 menjadi Sukan SEA yang ke-32 dimana acara dwi-tahunan ini akan bermula secara rasmi pada 5 hingga 17 Mei 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Ini merupakan kali pertama Kemboja menjadi tuan rumah bagi acara berprestij untuk rantau Asia Tenggah sejak tahun 1963. Temasya kali ini bakal mempertandingkan lebih 580 acara dalam 36 jenis sukan dengan kehadiran 11 negara yang mengambil bahagian.

Malaysia telah menghantar seramai 677 atlet yang terdiri daripada 402 lelaki dan 275 wanita dengan menyertai 340 acara dalam 33 jenis sukan. Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 pingat gangsa dan 64 pingat gangsa.

Undian Peringkat Kumpulan Acara Sukan Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kemboja 2023

Untuk acara sukan Bola Sepak Lelaki, kesemua pasukan mengambil bahagian diundi dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Malaysia telah diundi bersama-sama Vietnam, Thailand, Singapura dan Laos dalama Kumpulan B

  • Kumpulan A - Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Timor-Leste
  • Kumpulan B - Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura, Laos

Senarai Pemain Malaysia (B-22) Untuk Acara Sukan Bola Sepak Cambodia 2023

Seramai 20 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, E. Elavarasan bagi menghadapi kejohanan bola sepak lelaki Sukan SEA Cambodia 2023 pada bulan Mei ini.

Senarai Pemain Malaysia (B-22) Untuk Acara Sukan Bola Sepak Cambodia 2023

Jadual & Keputusan Acara Sukan Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kemboja 2023

Untuk acara sukan bola sepak, ianya akan berlangsung lebih awal daripada tarikh rasmi untuk pembukaan tirai. Acaranya akan bermula dari 29 April hingga hari-hari terakhir temasya iaitu pada 16 Mei 2023.

Acara akan bermula pada peringkat kumpulan iaitu dari 29 April hingga 11 Mei 2023 diadakan secara round-robin. Hanya dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya di peringkat Semi Final dan Final pada akhirnya

Terdapat dua venue utama yang akan digunakan bagi acara bola sepak iaitu di Olympic National Stadium dan Prince Stadium. Untuk peringkat kalah mati, hanya berlangsung di Olympic National Stadium.

Tahun ini, RTM sekali lagi akan menjadi penyiar rasmi dan juga termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini. Untuk acara sukan Bola Sepak Lelaki, anda boleh saksikan secara langsung di saluran TV Okey dan Sukan RTM. Boleh juga saksikan secara penstriman langsung di RTM Klik.

Selain itu, boleh juga live streaming menerusi laman facebook rasmi Cambodia 2023. Boleh tonton secara percuma

Berikut merupakan jadual perlawanan acara Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Kemboja 2023 melibatkan semua pasukan termasuk Malaysia dengan mengikut tarikh dan waktu Malaysia.

29 April 2023 (Sabtu)

  • Indonesia (3) - (0) Filipina
  • Kemboja (4) - (0) Timor Leste

30 April 2023 (Ahad)

  • Thailand (3) - (1) Singapura
  • Vietnam (2) - (0) Laos

2 Mei 2023 (Selasa)

  • Myanmar (1) - (0) Timor Leste
  • Filipina (1) - (1) Kemboja

3 Mei 2023 (Rabu)

  • Singapura (1) - (3) Vietnam

Malaysia (5) - (1) Laos

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Prince Stadium
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

4 Mei 2023 (Khamis)

  • Indonesia (5) - (0) Myanmar
  • Timor Leste (3) - (0) Filipina

6 Mei 2023 (Sabtu)

FT : Thailand (2) - (0) Malaysia

  • Anan Yodsangwal 73'
  • Yotsakon Burapha 84'

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Prince Stadium
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

  • Laos (0) - (0) Singapura

7 Mei 2023 (Ahad)

  • Timor Leste (0) - (3) Indonesia
  • Myanmar (2) - (0) Kemboja

8 Mei 2023 (Isnin)

  • Laos (1) - (4) Thailand

FT : Malaysia (1) - (2) Vietnam

  • Nguyen Van Tung 7' (P), 33'
  • Aiman Afif 43'

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Prince Stadium
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Malaysia tidak berjaya ke pusingan Separuh Akhir. Terkandas di peringkat kumpulan. Vietnam dan Thailand wakil Kumpulan B untuk ke peringkat seterusnya.

10 Mei 2023 (Rabu)

  • Filipina (0) - (1) Myanmar
  • Kemboja (1) - (2) Indonesia

11 Mei 2023 (Khamis)

FT : Singapura (0) - (7) Malaysia

  • T. Saravanan 14', 48', 53', 62'
  • Haqimi Azim 45+2'
  • Mukhairi Ajmal 87'
  • Aiman Afif 90+3’

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Prince Stadium
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

  • Vietnam (1) - (1) Thailand

13 Mei 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

  • Indonesia (3) - (2) Vietnam
  • Thailand (3) - (0) Myanmar

16 Mei 2023 (Selasa)

  • Myanmar (1) - (3) Vietnam [Penentuan tempat pingat gangsa]
  • Indonesia (5) - (2) Thailand [Final]

PODIUM

Emas - Indonesia
Perak - Thailand
Gangsa - Vietnam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post