Jadual Perlawanan JDT Di Liga Super 2023

Jadual Perlawanan JDT Di Liga Super 2023

Johor Darul Ta'zim FC (JDT) antara pasukan yang akan bersaing dalam musim terbaru untuk aksi Liga Super 2023 bagi merebut gelaran juara dan jadual perlawanan sepanjang musim kini telah tersedia untuk orang ramai.

Pada tahun ini, sekali lagi JDT akan menggunakan Stadium Sultan Ismail sebagai homeground dan menjadi stadium utama sepanjang Liga Malaysia berlangsung.

Pihak Malaysian Football League (MFL) secara rasminya telah mengumumkan tarikh Liga Super 2023 yang akan bermula pada 24 Februari 2023 dengan dimulakan menerusi Perlawanan Piala Sumbangsih dimana bakal mempertemukan JDT dan Terengganu.

JDT sebagai juara Liga Super 2022 akan membuat perhitungan untuk Piala Sumbangsih bertemu Terengganu selaku naib juara di laman sendiri. Untuk perlawanan kedua, barulah JDT akan bermain di tempat lawan. 

Untuk musim kali ini, Liga Super tampil dengan format baru dan pastinya lebih mencabar apabila buat pertama kalinya menampilkan 14 pasukan kesemuanya dan setiap daripadanya akan mengharungi 26 perlawanan dalam kempen kali ini.

Senarai 14 Kelab Dalam Siangan Liga Super 2023

Berbanding 12 pasukan pada musim-musim sebelumnya, kali ini buat pertama tiada lagi Liga Perdana dan kesemua kelab yang layak akan diserap ke Liga Super dan menjadikannya kesemuanya adalah 14 pasukan seperti senarai dibawah

  1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
  2. Terengganu FC
  3. Sabah FC
  4. Negeri Sembilan FC
  5. Selangor FC
  6. Kuala Lumpur City FC
  7. Sri Pahang FC
  8. Kedah Darul Aman FC
  9. Penang FC
  10. Kelantan FC
  11. Kuching City FC
  12. Kelantan United FC
  13. PDRM FC
  14. Perak FC

Waktu Sepak Mula

Seperti yang ditetapkan oleh MFL, kali ini akan ada perlawanan yang berlangsung pada waktu petang dan juga malam. Berikut merupakan waktu sepak mula baru untuk semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak

  • Semenanjung Malaysia - 5.15 petang, 5.30 petang, 8.15 malam, 9.00 malam dan 10.00 malam (bulan Ramadan)
  • Sabah dan Sarawak - 4.30 petang, 4.45 petang, 7.30 malam, 8.15 malam, 9.15 malam (bulan Ramadan)

Jadual Perlawanan JDT Untuk Liga Super 2023

Jadi jadual penuh untuk Liga Super 2023 adalah bermula pada 24 Februari 2023 dan berakhir pada 17 Disember 2023. Berikut merupakan senarai jadual penuh melibatkan pasuka Johor Darul Ta'zim sepanjang musim di Liga Super 2023

  • 24/02/2023 - JDT vs Terengganu FC
  • 01/03/2023 - KL City FC vs JDT
  • 06/03/2023 - Negeri Sembilan vs JDT
  • 11/03/2023 - JDT vs Kelantan FC
  • 17/03/2023 - Selangor vs JDT
  • 31/03/2023 - JDT vs Sabah FC
  • 04/04/2023 - Perak FC vs JDT
  • 09/04/2023 - JDT vs Kedah FC
  • 19/04/2023 - PDRM FC vs JDT
  • 26/04/2023 - JDT vs Kelantan United (ditunda ke 13 Mei 2023)
  • 5 - 17/05/2023 - Rehat Sukan SEA Kemboja (SEA Games Cambodia)
  • 13/05/2023 - JDT vs Kelantan United (tarikh baru)
  • 19/05/2023 - Kuching City FC vs JDT
  • 24/05/2023 - JDT vs Sri Pahang FC
  • 03/06/2023 - Penang FC vs JDT
  • 09/06/2023 - Terengganu FC vs JDT
  • 23/06/2023 - JDT vs KL City FC
  • 08/07/2023 - JDT vs Negeri Sembilan
  • 14/07/2023 - Kelantan FC vs JDT
  • 29/07/2023 - JDT vs Selangor
  • 09/08/2023 - Sabah FC vs JDT
  • 13/08/2023 - JDT vs Perak FC
  • 26/08/2023 - Kedah FC vs JDT
  • 29/09/2023 - JDT vs PDRM FC
  • 29/10/2023 - Kelantan United vs JDT
  • 24/11/2023 - JDT vs Kuching City FC
  • 03/12/2023 - Sri Pahang FC vs JDT
  • 17/12/2023 - JDT vs Penang FC

Jadual Perlawanan JDT Di Liga Super 2023

Segala perubahan jadual waktu adalah tertakluk kepada pindaan Malaysia Football League (MFL)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post