Setiap kali persembahan pasukan Malaysia pastinya ramai yang tertunggu-tunggu adakah rangking FIFA bola sepak akan naik jika ada kemenangan yang dicapai dan sebaliknya jika keputusan tidak memihak kepada pasukan Harimau Malaya.
Ramai yang boleh buat kira-kira jika ada keputusan menang, seri mahupun kalah. Tetapi pengumuman rasmi tetap akan diumumkan oleh FIFA dalam tempoh yang telah ditetapkan dan ianya bukan diumumkan setiap kali aksi persahabatan berlangsung.
Harimau Malaya kini tampaknya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika dilihat daripada persembahan-persembahan sebelum ini, banyak kemajuan yang dicapai sehinggalah yang terbaru adalah layak secara merit ke Piala Asia 2023.
Setiap perlawanan kini sangat penting terutamanya persahabatan tier 1 kerana ianya menjanjikan mata. Jika menang menghadapi lawan, sedikit sebanyak akan memperbaiki kedudukan ranking FIFA semasa.
Jika kedudukan lebih tinggi, ini memberikan gambaran awal, pasukan tersebut memiliki skuad yang lebih baik. Dan paling penting, jika rangking tinggi, pasukan Malaysia boleh la buat friendly match dengan pasukan yang lebih kuat selepas ini.
Ranking Dunia FIFA Untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia Untuk Tahun 2023
Kalendar FIFA telah berlangsung pada 20 hingga 30 Mac yang lalu dan dalam tempoh itu, skuad Kim Pan Gon bersama Harimau Malaya telah mengadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 iaitu berhadapan Turkmenistan (menang 1-0) dan Hong Kong (menang 2-0).
Dengan kemenangan tersebut, seperti kemaskini terbaru daripada FIFA pada 6 April 2023, Malaysia kini menduduki tangga ke-138 dunia iaitu naik 7 anak tangga berbanding 145 pada sebelumnya.
Kedudukan | Negara | Mata |
---|---|---|
134 | Solomon Islands | 1103.61 |
135 | Rwanda | 1100.67 |
136 | Filipina | 1097.67 |
137 | Turkmenistan | 1095.2 |
138 | Malaysia (+7) | 1082.13 |
139 | St Kitts and Nevis | 1081.4 |
140 | Nicaragua | 1079.17 |
141 | Suriname | 1075.72 |
142 | Ethiopia | 1072.99 |
Untuk rekod, rangking dunia FIFA terbaik yang pernah dikecapi Malaysia adalah di tangga 78, manakala yang terburuk adalah di tangga 178.
*Kemaskini seterusnya adalah pada 20 Julai 2023
Rangking FIFA Negara-Negara Asia Termasuk Malaysia
Jika dilihat dalam rangking untuk negara-negara Asia (AFC), Malaysia kini berada di tangga ke-25 terbaik.
FIFA | Asia | Negara | Mata |
---|---|---|---|
114 | 21 | Thailand | 1172 |
115 | 22 | Korea Utara | 1170 |
136 | 23 | Filipina | 1098 |
137 | 24 | Turkmenistan | 1095 |
138 | 25 | Malaysia | 1082 |
143 | 26 | Kuwait | 1072 |
147 | 27 | Hong Kong | 1046 |
179 | 28 | Indonesia | 1046 |
154 | 29 | Afghanistan | 1023 |
Rangking FIFA Negara-Negara Asia Tenggara Termasuk Malaysia
Jika dilihat dalam rangking untuk negara-negara Asia Tenggara (AFF), Malaysia kini berada di tangga ke-4 terbaik
FIFA | Asean | Negara | Mata |
---|---|---|---|
95 | 1 | Vietnam | 1229 |
114 | 2 | Thailand | 1172 |
136 | 3 | Filipina | 1098 |
138 | 4 | Malaysia | 1082 |
149 | 5 | Indonesia | 1046 |
158 | 6 | Singapore | 1072 |
160 | 7 | Myanmar | 998 |
176 | 8 | Cambodia | 948 |
188 | 9 | Laos | 900 |
191 | 10 | Brunei | 891 |
196 | 11 | Timor Leste | 860 |
*Semua kedudukan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Post a Comment