Review Filem The Super Mario Bros Movie. Animasi Yang Cukup Baik

Review Filem The Super Mario Bros. Movie

Masa raya pun sempat datang panggung untuk tengok wayang dan kali ini aku pergi tonton filem animasi The Super Mario Bros. Movie yang mana ianya telah mula ditayangkan pada 20 April 2023 yang lalu di pawagam seluruh Malaysia.

Ianya sebuah cerita yang diadaptasi daripada permain video game dengan karektar yang terkenal di seluruh dunia iaitu Mario. Kalau anda tak pernah main game ini sekali pun, pastin anda tahu karakter tersebut yang sinonim dengan topi dan baju merah beserta misai lebat.

Kalau anda memang peminat permain video ini, aku rasa filem ini memang untuk anda. Untuk aku, just lite gaming sahaja dan boleh cakap, aku kenal karektar dan aku tahu game ini bermain dengan tema apa. Jadi tidaklah blur pun. Cum akau dah tak main game-game terbaru tersebut.

The Super Mario Bros. Movie diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic dengan menampilkan barisan pelakon yang membawa latar suara iaitu Chris Pratt (Mario), Anya Taylor-Joy (Princess Peach), Charlie Day (Luigi), Jack Black (Bowser), Keegan-Michael Key, Seth Rogen, Fred Armisen dan ramai lagi.

Sinopsis Filem The Super Mario Bros. Movie

Filem ini mengisahkan sepasang adik-beradik iaitu Mario dan Luigi bekerja sebagai tukang paip di Brooklyn. Kerja mereka adalah menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku sekiranya ada paip bocor, pecah, tersumbat dan sebagainya.

Pada satu hari, di kawasan kediaman mereka telah berlaku kebocoran paip dan disebabkan itu, mereka datang membantu. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, mereka perlu mencari punca paip utama yang mana ianya berada di bawah tanah.

Ketika teruja dengan keadaan sekeliling, mereka telah disedut ke dalam pembentung dan masing-masing telah disedut sekali gus masuk ke dunia lain. Mario disedut ke Mushroom Kingdom dan adiknya, Luigi disedut ke Dark Lands.

Review Filem The Super Mario Bros. Movie

Maka disinilah bermula pengembaraan pertama Mario bagi mencari adiknya yang telah hilang dan Luigi juga telah ditangkap oleh makhluk jahat di negara tersebut yang bernama Bower.

Mario berjumpa dengan Princess Peach di negara tersebut bagi mendapatkan bantuan untuk mencari adiknya. Dalam masa yang sama juga, Peach ingin Mario membantunya menyelamatkan Mushroom Kingdom dari diserang oleh tentera Bowser.

Jadi pelbagai rintangan, latihan dan siri peperangan diharungi oleh Mario, Princess Peach bersama tentang Donkey Kong bagi menyelamatkan negara tersebut diserang tentera jahat dan sekali gus menyelamatkan adiknya yang ditangkap.

Review Filem The Super Mario Bros. Movie

Jika dilihat daripada segi plot penceritaan, bagi aku ianya biasa dan straight forward sahaja dan tiada yang deep pun.. Dan aku rasa ianya biasa untuk sebuah adaptasi daripada video games. Tambahan pula, ini merupakan penghasilan pertama daripada permainan video tersebut. Jadi anda tak perlu pening ketika menonton.

Untuk kualiti animasi sangat terbaik dan bilangan karektar sangat banyak diperkenalkan sepanjangn penceritaan. Kalau tengok effect pergerakan, pada air, pantulan cahaya pada objek beserta watak itu sendiri, memang nice dan smooth je. Sedap mata memandang.

Review Filem The Super Mario Bros. Movie

Untuk setiap karektar yang dibina pun sangat cantik dan semestinya comel. Tengok fizikal Mario, Princess Peach, Toad si comel dan lepas tu ada bintang biru yang kuat bebel pun comel gila. Walaupun menyakitkan hati. Bowsert nampak ganas dan dalam masa yang sama juga comel.

Kalau anda memang peminat game Mario, anda memang boleh relate dengan setiap adegan yang dimainkan. Aku tak pasti tentang preference tapi katanya ada diambil daripada game Odyssey, Luigi Hunted Mansion, 3D World, Super Smash Bros dan Super Mario Cart. Ditambah pula dengan soundtrack dia, rasanya semua familiar terutamanya bila masuk dalam paip.

Cerita ini ditambah menjadi lebih baik apabila karektar Donkey Kong dimasukkan. Kiranya ada dua game dalam satu cerita. Ianya adalah pelengkap bagi menewaskan musuh untuk menyelamatkan Mushroom Kingdom daripada musnah. Very nice dan smooth.

Untuk aku, 90 minit tu rasa macam tak cukup. Sebab pihak Nintendo bersama Illumination menyajikan sebuah cerita dengan pacing yang sangat laju. Rasanya macam takda pun adegan yang buang masa dan tidak sepatutnya ada.

Review Filem The Super Mario Bros. Movie

Dari segi aksi, cukup baik dan menghiburkan. Jenaka yang diketengahkan tidak berlebihan dan just nice sahaja. Memang ada part orang gelak dan tersenyum. Dialog yang dilontarkan juga mudah faham dan tak perlu fikir maksud disebaliknya pun.

The Super Mario Bros. Movie sesuai untuk semua lapisan umur. Tapi untuk anak-anak milinia mungkin mereka tak faham sangat sebab game ini terlalu nostalgia untuk mereka. Tapi dari segi kecomelan, keterujaan, kegembiraan sangat sesuai untuk semua.

Jadi untuk yang berkelapangan, boleh la datang dan tonton filem ini di pawagam berhampiran anda. Nak jimat, macam biasa boleh datang pada hari Rabu atau beli tiket di Shopee sahaja. Mana yang minat Minions, Toy Story, kena la tengok cerita ni.

Rating The Super Mario Bros. Movie - 7.9/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post