Review Siri Duty After School Ditayangkan Di Viu

Review Siri Duty After School Ditayangkan Di Viu

Nampaknya untuk tahun 2023, Korea ada keluarkan lagi sebuah siri yang cukup hebat iaitu Duty After School yang kini sedang ditayangkan di beberapa platform termasuk di Viu. Kini tersedia sebanyak 6 episod untuk anda tonton secara terus.

Walaubagaimanapun, ini hanya adalah sebahagian sahaja iaitu untuk Part 1 (episod 1-6) yang mula dimainkan sejak 30 Mac. Manakala untuk Part 2 (episod 7-10) akan ditayangkan pada 22 April ini untuk tontonan di Malaysia.

Sejujurnya aku bukanlah peminat drama siri korea atau biasa sekarang orang panggil kdrama KECUALI jika ianya memberikan plot luar biasa out of the box seperti zombie, makhluk asing dan bukan sekadar drama biasa.

Sebelum ni ada #Alive, All Of Us Are Dead, Sweet Home dan Squid Game yang mana semua siri ini ada ciri thriller, sci-fi dan pastinya plot luar biasa termasuklah Duty After School yang membawa genre aksi military sci-fi. Jadi aku nak kongsikan sikit review tentang siri ini.

Langgan Viu Untuk Menonton

Untuk menonton Duty After School di platform Viu, anda perlu langgan akaun Premium untuk dapatkan akses VIP iaitu dengan harga serendah RM29.90 untuk tempoh 3 bulan. Anda boleh subscribe terus di laman web www.viu.com atau dapatkan kod di Shopee disini yang lebih berbaloi

Sinopsis Siri Duty After School

Siri Duty After School mengisahkan tentang bagaimana pelajar-pelajar sekolah tinggi Seongjin yang secara tiba-tiba perlu menjalani latihan ketenteraan selepas habis sekolah sekali gus akan menjadi pasukan tentera tambahan ekoran pasukan tentera lebih dari separuh tewas kerana diserang makluk asing.

Sudah setahun berlaku apabila 'Sfera' secara tiba-tiba berada di di awan biru bumi termasuk di Korea. Tentera pernah melakukan serangan, tetapi apabila diserang, jumlah mereka tidak berkurangan malahan bertambah dan berganda. Disebabkan itu, tiada jalan lain hanyalah membiarkan sfera tersebut terus berada di awan biru.

Review Siri Duty After School Ditayangkan Di Viu

Siapa sangka, selepas itu sfera tersebut jatuh satu persatu dan memuntahkan makhluk asing yang sangat mengerikan. Mereka merupakan alien bijak dan akan serang dan makan manusia. Disebabkan itu, mereka berjaya menewaskan askar-askar Korea.

Disebabkan ketenteraan hampir lumpuh inilah, pelajar-pelajar senior seluruh Korea dikerah untuk dilatih menjadi askar tambahan sekali gus akan berperang menghapuskan makhluk asing tersebut yang digelar 'Sfera'

Review Siri Duty After School

Hari demi hari, Korea kini sudah step up the game menjadi antara pelopor siri dan filem terhebat dengan pelbagai genre yang berjaya mereka keluarkan. Biasa kita tengok Hollywood je keluarkan cerita-cerita hebat macam ni. Kini Korea juga mampu.

Lagi pula, cerita ini adalah adaptasi webtoon yang kebiasaanya kalau ambil dari komik, memang menarik la siri atau filem tersebut.

Pada awalnya, aku tertarik nak tengok drama Korea ni sebab aku baru balik dari Korea pada Mac lalu serta aku nampak dalam trailer ada sekumpulan askar sedang melawan makhluk asing. Jadi, ada Korea, ada plot luar biasa. Kebetulan pula Astro ada bagi Viu percuma 3 bulan, memang right timing la nak layan.

Review Siri Duty After School Ditayangkan Di Viu

Tapi siapa sangka sebenarnya kalau tengok episod 1, anda mungkin hampir membatalkan hasrat untuk teruskan menonton terutamanya bagi yang kurang minat kepada cerita-cerita Korea macam aku. Setiap episod lebih sejam, tapi untuk episod 1 ni, lebih separuh lebih kepada mood kdrama sahaja. Bagi aku biasa-biasa sahaja dan ada part boring.

Tapi sehinggalah pada penghujung babak apabila munculnya makhluk asing tersebut yang jatuh di perkarangan sekolah mereka. Kemudian sambung untuk episod 2, mereka tak bagi chance, all out the plot yang laju dan menjadi semakin best sampailah ke episod 6.

Tapi episod 1 tu penting juga sebenarnya, dia nak gambarkan macam mana sfera tu muncul dan kenapa masih berterbangan di awan. Selain itu, nak tunjuk juga bagaimana budak-budak sekolah teruamanya kelas3-2 yang sebenar. Kat sini, kita boleh tengok ada budak diva, nerd, introvert, pentingkan diri, kaki buli, genius dan sebagainya.

Pengarah memang garap setiap watak bermula daripada budak sekolah dan menjadi matang apabila sertai latihan ketenteraan dengan baik. Dalam masa yang sama, sebab mereka ni bukan sukarela untuk jadi askar, masih lagi dengan perangai budak-budak sekolah. Logik juga la kenapa semua masih takut-takut dan kuar merenget.

Bermula episod 2 hingga akhir, mereka sudah berhadapan dengan makhluk sfera tersebut. Disinilah kita boleh tengok aksi setiap pelakon. Selain daripada Leftenan, watak penembak yang paling style sekali for sure Lee Na-ra. Cantik, tak banyak cakap tapi sharpshooter. Style gila kot.

Review Siri Duty After School Ditayangkan Di Viu

Sepanjang penceritaan, anda akan disajikan dengan aksi yang menarik. Memang tak duduk diam la. Lepas tu adalah babak pengkhianatan, buli, rasa tidak puas hati, suspen, gembira dan sedih. Orang cakap memang secukup rasa lah. Lawak yang diberipun kadang-kadang keluar tapi padu weh terutamanya daripada Won-bin dan Duk-joong hahaha

Cerita ni tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak sebab kadang dia ada tunjukkan macam mana makluk asing tu tikam dan potong manusia. Ada potong kepala, tangan dan tikam badan. Walaupun tidak terlalu real, tapi ianya ada. Jadi kena pantau la kalau tengok dengan anak-anak.

Sampaikan Cikgu Park yang lawa tu pun mati kena tikam dengan sfera. Ingat boleh la lama sikit, sampai episod 2 je.

Jika anda lihat, pastinya episod 5 dan episod 6 paling best lah. Kat sini, mereka sudah mula matang apabila menawarkan diri untuk pergi selamatkan orang ramai dan bukannya takut-takut lagi apabila diarahkan untuk menjalankan misi.

Paling sedih pada babak akhir, apabila leftenan terperangkap di dalam bangunan yang ingin diletupkan bagi menghapuskan sfera tu semua. Kat sinilah semua pelajar menangis terutamanya Cha So-yeon yang menaruh hati kepada leftenan tersebut. Tapi demi arahan, ketua kelas mereka Yu-jeong bertanggungjawab untuk meletupkan bangunan tersebut.

Untuk Duty After School lebih mengfokuskan kepada kelas 3-2 di Sekolah Tinggi Seongjin sahaja yang terdiri daripada 11 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan. Walaupunbegitu, seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan mati. Jadi tinggallah 10 orang kesemuanya.

Review Siri Duty After School Ditayangkan Di Viu

Setiap daripada mereka ada perangai masing-masing bagi menggerangkan cerita. Walaupun selalu bergaduh dan kadang ada yang tak antara satu sama lain. Masih juga ada babak kerjasama dan setiakawan ditunjukkan lagi-lagi nak lawan benda jahat ni kan.

Overall, aku suka Duty After School dan tak sabar untuk tunggu Part 2 pula. Harap dilepaskan juga semua episod sekali gus, taknak on-going. Tapi rasanya kalau letak kat Netflix lagi meletup kot. Kat Viu ni macam tak ramai pula yang share review kat internet. Entah la

Rating Duty After Schol 2023 (Part 1) - 8.5/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post