Senarai Iklan Raya 2023 Terbaru Anda Kena Tonton

Senarai Iklan Raya Terbaru Untuk Tahun 2023

Kalau Hari Raya Aidilfitri di Malaysia ni banyak perkara yang perlu diadakan supaya baru lengkap Raya pada tahun tersebut dan salah satunya adalah Iklan Raya dan untuk tahun 2023 banyak disediakan untuk tontonan ramai.

Iklan Hari Raya memang setiap tahun akan ada dikeluarkan oleh setiap syarikat seperti Maybank, Celcom, McDonalds, Petronas, Hotlink, CIMB, Astro, Unifi, TNB, Grab, Samsung, Pos Malaysia, Watsons dan sehinggalah daripada pihak Universiti juga.

Ianya bukan sekadar iklan sedih, pelbagai jenis yang dikeluarkan. Ada tentang pengorbanan, ketawa riang, kegembiraan, kasih sayang dan sebagainya. Banyak pengajaran yang biasanya kita boleh ambil daripada iklan-iklan yang dikongsikan dengan tema Hari Raya.

Kebiasaanya, iklan-iklan ini akan dikongsikan di laman youtube rasmi syarikat tersebut. Mungkin juga ada yang kongsikan di laman facebook rasmi sahaja. Dengan itu, orang ramai boleh juga tonton pada bila-bila masa termasuk juga yang ditayangkan di TV.

Nak tahu Iklan Hari Raya mana yang menarik dikeluarkan untuk tahun 2023 ini? Jom kita tengok senarai dibawah antara iklan yang paling best

Senarai Iklan Hari Raya Untuk Tahun 2023

Sempena 1 Syawal yang bakal menjelang, jom kita tengok iklan-iklan raya untuk menaikkan kemeriahan adan vibe Aidilfitri tahun ini

1)  Takaful Malaysia | Al Kisah Malam Raya

Ikuti perjalanan pulang ke kampung halaman pasangan suami isteri, Ropie dan Maznah untuk menyambut hari raya. Dalam perjalanan, mereka dikejutkan dengan tetamu yang tidak diundang…

2)  Etiqa | Panorama Abah Den

Tersentuh sikit la video raya ni. Bagaimana seorang anak sanggup menggembirakan abahnya dengan beraya bersama warga emas di kampung. Membawa maksud sebenar perkongsian kemeriahan hari raya bersama yang tersayang.

3)  Bulan Bintang | Raya Macam Star

Raya Macam Star mengisahkan tentang Zul yang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri untuk bertemu dan menawan Hannah, gadis cantik di kampungnya.

4)  Petronas | Dilema Irama

Pergeseran tercetus antara Man Gambus dan anaknya, Nadim apabila Nadim dengan berat hati telah bersetuju untuk bermain gambus di dalam kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa. Namun, persembahan itu berakhir dengan persengketaan antara mereka berdua.

5)  Grab | Suasana Hari Rabu

Ya, iklan Raya lagi. Tapi takde kucing comel. Ada labah-labah, bah. Takde dialog tipikal, “Mama, saya tak sempat balik tahun ni.” Sebab (spoiler alert!) mak ayah heroin kita ni dah takde lagi… Bolehkah dia temui makna ‘kampung’ yang sebenar, atau setakat sembang je? Kenalah tengok sendiri.

6) Proton | Sarjan Saga

40 years ago, we needed a name for our very first, Malaysian-made automobile. Sarjan Haji Ismail bin Jaafar coined the name Saga, for the car that proudly went on to take our nation places. Inspired by true events, this is a story of Sarjan Ismail’s personal saga, and the sacrifices he made as a father, for his family.

7)  Furvi Pet | Indahnya Raya

Drama pendek Indahnya Raya diinspirasikan oleh kisah sebenar yang terjadi di seluruh dunia, Malaysia terutamanya. Mengisahkan tentang Nizam dan Indah yang meraikan sambutan Hari Raya ke-13 mereka bersama-sama.

8)  Monsta | Temani Raya

Tidak kira siapa atau di mana, semua insan pasti ingin meraikan hari Raya bersama-sama.

9)  Gamuda Land | Mak Kau Tak Hijau

Hijau merupakan warna utama yang terlintas di fikiran untuk sambutan Hari Raya. Namun, tahukah anda ada maksud lain di sebalik perkataan Hijau? Ketahui definisi Raya Hijau kami tahun ini dalam filem Raya bertajuk 'Mak, Kau Tak Hijau!

10)  Saji | Manih-Manih Podeh

"Bahagia bukan pada apa yang kita ada, tetapi siapa yang kita ada”. Dapatkah Ilham merealisasikan impian beliau untuk menjadi seorang yang popular?

11)  KTMB | Ragam Sunat

Kenangan bersama keluarga memahat memori, Imbauan kembali nostalgia lama mengiringi.

Tak lengkap rasanya perjalanan pulang ke kampung halaman tanpa gelak tawa memecah kesunyian. Ikuti perjalanan Along dan Angah pulang ke desa tercinta untuk menyambut Syawal sambil mengenang kembali kilasan masa lalu yang mengundang sengketa.

12) Watsons | Rahsia Gaya Raya

Tahun ini, Watsons membawakan sebuah kisah raya yang penuh misteri! Siapakah SUSPEK sebenar dalam kes kehilangan harta turun-temurun keluarga Ayda? Kalau nak tahu, jom tengok!

Kemaafan dan kasih sayang adalah rahsia Raya yang paling berharga.

13)  Julie's Biscuits | Kisah Raya P.E.R.I.T

Mengisahkan perjalanan Raya tahunan Timah dan Farah. Adakah mereka akan tiba di kampung halaman tepat pada masanya tahun ini? Atau sesuatu akan berlaku dan menghalang mereka untuk beraya sama sekali?

14)  BSN | Salah Siapa?

Tak sah kalau tiada drama bila dekat nak Raya kan? Apa pula insiden yang menimpa keluarga ini? Salah siapa agaknya?

15)  ERA Food | Tetamu

Adakalanya, tetamu yang tak diundang mendatangkan perasaan kurang senang. Tapi muliakanlah mereka, kerana rezeki itu ketentuan Tuhan.

16)  Petron | Kaki Kumpul Hati

Bila Putri Elisya Tasnim (P.E.T) bertemu kembali dengan RON, kawan zaman kanak-kanak, hati Putri terus tertawan. Namun, tabiat lama RON dari kecil menyebabkan Putri kerap hilang sabar.

17)  Maxis | Kali Pertama Raya

Apabila seseorang insani melangkah ke alam dewasa, tibalah masanya untuk merayakan keluarga buat kali pertama.

18)  Produa | Rumah Final

Ha, siapa pernah ikut ziarah takbir malam Raya dari rumah ke rumah? Serapi mana pun perancangan, pasti ada yang tak diduga!

19)  Lembaga Zakat Selangor | Bakti

Sejauh mana perjalanan Bakti dapat mengejar pahala? Sesibuk mana sekalipun seseorang dalam mencari rezeki dan membantu yang memerlukan, jangan pernah melupakan insan yang patut diutamakan.

20)  Taylor's University | Rendang Tok

Dari TV ke TikTok: Dapatkah Chef Lokman menghasilkan semula #RendangTok ikonik dia?

21)  Tune Talk | Penyakit Raya

Raya dah nak dekat tapi… kuih raya tak buat lagi? Belum shopping raya? Tak jumpa lagi tempat sesuai untuk OOTD raya? Tak sempat nak tukar Duit Raya?

22)  Malaysia MADANI | Kapital Ihsan

Dalam hidup bermasyarakat, prasangka adalah ujian yang tidak terlihat. Bagaikan api dalam hati, prasangka membakar jambatan manusiawi.

Namun, api prasangka akan terpadam dengan budi dan keikhlasan memberi. Tangan kanan terus berbudi, walau tangan kiri tidak ketahui. Lebih indah, setiap budi disambut dengan jiwa berdiri di atas kaki sendiri. 

'Kapitalihsan' membawa kita melewati warung, menyelami rasa peniaga dan menghargai betapa mahalnya harga sebuah ihsan.

23)  CelcomDigi | Rumah Terbuka

Hubungan erat & mesra antara keluarga membuatkan rumah terbuka aidilfitri lebih meriah dan penuh makna

24)  SAFI | Jodoh Syafiderella

Assalamualaikum, semua! Tahun ini SAFI ingin menjemput semua ke rumah terbuka Amir bersama Syafiderella. Tapi alamak, ada halangan lah! Dapatkah Syafiderella melepaskan diri dengan pertolongan daripada Safi Vass SUPASTAR? Nak tahu? Jom tonton video Safi Raya Supa Vass: Jodoh Syafiderella sampai habis!

25)  Guardian | Guardian Raya Untuk Semua

Hari Raya adalah untuk semua, begitu juga dengan muzik video terbaru! Muzik video "Guardian Raya Untuk Semua" memaparkan kegembiraan perayaan Aidifitri bagi setiap tahun. 

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post