Siaran Langsung Live KL City vs Imigresen Piala FA 2023

Siaran Langsung Live KL City vs Imigresen Piala FA 2023

Hujung minggu ini aksi Liga Malaysia diteruskan lagi tetapi menerusi kejohanan Piala FA 2023 dan salah satu perlawanan adalah pertemuan antara Kuala Lumpur City FC dan Imigresen FC yang mana ianya akan berlangsung pada 14 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Maka akan bermula bagi saingan untuk pusingan kedua atau pusingan 16 terbaik yang mana melibatkan 16 pasukan dengan 8 perlawanan kesemuanya termasuk kedua-dua pasukan ini. Kini hanya tinggal 12 pasukan daripada Liga Super dan 4 pasukan daripada Liga Amatur M3.

Jika sebelum ini, kita dapat lihat apabila Imigresen FC bermula di pusingan awal apabila bertemu Kuala Kangsar BRM FC yang mana perlawanan tersebut berpihak kepada Imigresen FC dengan menang tipis dengan satu jaringan sahaja.

Dengan kemenangan tersebut, Imigresen kini akan bertemu pasukan Liga Super iaitu KL City setelah undian yang telah dibuat pada Februari yang lalu. Sudah pastinya tugas sukar bagi sebuah pasukan amatur bagi menghadapi pasukan profesional yang juga bermain di peringkat tertinggi dalam Liga M.

Walaupun begitu, pastinya KL City tidak akan memandang rendah kepada pasukan lawan walaupun berbeza status bagi sesebuah kelab bola sepak. Disamping itu, Imigresen juga bermain agak baik dalam saingan liga apabila telah menang dua kali dalam tiga perlawanan awal mereka.

Untuk rekod, KL City pernah menjuarai Piala FA sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1992, 1993 dan 1999 serta naib juara sekali pada tahun 1992 iaitu setahun sebelum mereka memenang kali pertama kejohanan tersebut.

Manakala edisi kali ini, sekali lagi Imigresen berjaya melayakkan diri dan ini merupakan kali ketiga untuk pasukan tersebut dan peringkat terbaik yang pernah dimenangi adalah berjaya mara ke pusingan kedua iaitu pada tahun 2020 dan tahun ini. Adakah mereka akan pecah rekod dan berjaya mara ke pusingan seterusnya ketika berdepan KL City nanti?

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu pemenang antara Sabah dan Kelantan United di peringkat Suku Akhir. Sedikit sebanyak, perlawanan ini pastinya memihak kepada KL City. Atau akan adakah kejutan yang bakal berlaku? Nantikan...

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Stadium Kuala Lumpur ini pastinya tidak asing kepada pasukan lawan juga. Ini kerana sebelum ini, venue tersebut menjadi homeground mereka ketika bermain di pusingan awal. Juga untuk kedua-dua penyokong-penyokong.

Tiket masuk juga kini anda boleh mula dapatkan yang boleh dibeli secara online menerusi laman web yang sama seperti Liga Super iaitu di www.tickethotline.com.my. Juga dijual tiket fizikal yang anda boleh dapatkan pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 KL City vs Imigresen

Liga Super ada live, Piala FA juga ada live untuk semua match. Pertembungan antara KL City dan Imigresen ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 4 808 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh live streaming iaitu menerusi platform web sooka.my atau aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan KL City vs Imigresen Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kuala Lumpur City FC vs Imigresen FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 14 April ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan. Tiada aksi timbal balik. Perlawanan akan bersambung ke masa tambahan sehingga sepakan penalti jika tiada pemenang dalam tempoh perlawanan sebenar.

14 April 2023 (Jumaat)

FT : KL City (2) - (0) Imigresen

  • T. Saravanan 45+2'
  • Romel Morales 83'

*KL City berjaya mara ke pusingan Suku Akhir bertemu Sabah

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post