Telefilem Anak Tuan Di TV3

Telefilem Anak Tuan Di TV3

Saksikan telefilem Anak Tuan yang akan menemui penonton pada 16 April 2023, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 Malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah terpalit dengan pamer babak viral Fasha Sandha tercedera sebelum ini merupakan terbitan syarikat produksi Geehan (M) Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Zuli Ismail

Sinopsis Telefilem Anak Tuan

Telefilem Anak Tuan menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Azizah Mahzan, Azhan Rani, Hafiy Altamis, Kiky Hannah, Islaily Zulaiha, Ain Aziz, Roy Azrin dan ramai lagi.

  • Fasha Sandha sebagai Ana
  • Azhan Rani sebagai Sani
  • Hafiy Altamis sebagai Adam
  • Azizah Mahzan sebagai Nenek Salmah
  • Kiky Hannah sebagai Ayu
  • Habri Altamis sebagai Afiq

Ianya mengisahkan tentang Ana iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak iaitu, Adam, Ayu dan Afiq.

Ana mendapat tahu dia mempunyai kanser ovari selepas dimaklumkan oleh doktor, malah dia hanya mempunyai masa yang singkat iaitu selama 6 bulan sahaja untuk hidup.

Sedar dengan dugaan yang dihadapi, Ana mula merancang masa depan ketiga-tiga anaknya termasuklah mencari rumah anak yatim dan sekolah tahfiz yang terbaik namun kesemuanya mahal dan memerlukan wang yang banyak.

Terpalit dengan masalah kewangan dan penyakit yang dihadapi, Ana cuba mencari suaminya Sani, bagaimanapun keberadaan Sani tidak diketahui.

Malah, Ana juga terfikir untuk meminta pertolongan ibunya, Salmah namun menyedari ibunya juga sudah terlalu uzur untuk menjaga anak-anaknya.

Buntu dengan keadaan tersebut, Ana cuba mencari keluarga angkat yang mahukan anak-anaknya.

Namun, konflik terjadi selepas Ana meninggal dunia dan Adam tidak mahu berpisah dengan adik-adiknya sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama-sama.

Telefilem Anak Tuan Di TV3

Telefilem Anak Tuan Di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post