Telefilem Bara Cinta Ramadan Di TV9

Telefilem Bara Cinta Ramadan Di TV3

Saksikan telefilem Bara Cinta Ramadan yang akan menemui penonton pada 7 April 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem meruntun jiwa yang pernah disiarkan pada tahun 2011 ini merupakan terbitan syarikat produksi SRS Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Malek Rahman dengan nukilan skrip daripada Mazlan Manan.

Sinopsis Telefilem Bara Cinta Ramadan

Telefilem Bara Cinta Ramadan menampilkan barisan pelakon seperti Zamarul Hisham, Fuaziah Nawi, Jasmin Hamid, Roy Azman, Ako Mustapha, Zarina Zainordin, Farid Amirul, Rozie Othman, Aira, Danial Lee dan ramai lagi.

  • Zamarul Hisham sebagai Malek
  • Fauziah Nawi sebagai Arfah
  • Jasmin Hamid sebagai Rozita
  • Roy Azman sebagai Badrul
  • Ako Mustapha sebagai Shamsudin
  • Zarina Zainordin sebagai Maznah

Ianya mengisahkan tentang rumahtangga Malek dan Rozita. Hubungan mereka baik-baik sahaja pada awalnya tetapi diganggu dengan campurtangan dari ibunya Rozita iaitu Arfah.

Mereka sekeluarga terpaksa menumpang tinggal bersama Arfah kerana Malek hanya bekerja sebagai seorang pemandu lori dan ianya cukup-cukup untuk menampung makan dan persekolahan anak-anaknya sahaja.

Rozita sangat faham keadaan kewangan suaminya tersebut. Disebabkan itu, dia tidak meminta yang bukan-bukan kerana tidak mahu membebankan suaminya. Tetapi ibunya terus memperlekehkan menantunya tersebut sehingga Rozita tidak tahan dengan kata-kata ibunya.

Sebenarnya Arfah bencikan Malek kerana tidak kaya dan tidak berpendidikan. Keluarga mereka selalu sahaja dibanding-bandingkan dengan Samsudin iaitu suami kepada adik si Rozita iaitu Maznah terutamanya jika mereka pulang ke kampung.

Raya semakin hampir dan persiapan masih tidak dapat disediakan lagi berikutan gaji yang tidak mencukup dan ditambah lagi dengan bayaran deposit rantai emas yang perlu dilangsaikan disebabkan hasutan yang telah dibuat oleh Arfah kepada Rozita. Dia turut.

Tiba-tiba telah berlaku satu kemalangan kepada Malek apabila dia dilanggar kereta. Apakah yang terjadi pada akhirnya? Adakah merek sekeluarga sempat untuk beraya bersama? Apakah pula nasib Arfah selepas dapat tahu tentang kejadian tersebut?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post