Telefilem Biar Biasa Biasa Di Astro Ria

Telefilem Biar Biasa Biasa Di Astro Ria

Saksikan telefilem Biar Biasa Biasa yang akan menemui penonton pada 30 April 2023 (raya kesembilan), bersiaran pada hari Ahad, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem khas Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Red Communcations, diarahkan oleh Joon Goh dengan nukilan skrip daripada Nadia Khan.

Telefilem Biar Biasa Biasa

Telefilem Biar Biasa Biasa menampilkan barisan pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Adlin Aman Ramlie, Chelsia Ng, Alicia Min, Ellyza Azizi, Fifi Hadi, Lieza Kowangit dan ramai lagi.

  • Siti Khadijah Halim sebagai Sophia
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Mael Lambo
  • Chelsia Ng sebagai Lola
  • Alicia Min sebagai Aisha
  • Ellyza Azizi sebagai Ruhana

Ianya mengisahkan tentang Sophia yang mula sibuk dengan kerjaya barunya sebagai pegawai perhubungan awam dan pemasaran di sebuah syarikat fesyen terkenal, Aisha Aminuddin.

Sofia diberi tugas untuk memasarkan tudung rangkaian mewah terbaharu dari Aisha yang akan dilancarkan untuk koleksi Raya. Dia juga perlu bekerja sama dengan ketua pereka syarikat bernama Mael Lambo.

Masalah mula timbul apabila Mael dituduh meniru rekaan tudung sebuah perniagaan tudung kecil-kecilan yang sedang meningkat naik untuk rekaan baru tudung Raya Aisha. Apa agaknya berlaku selepas itu?

Telefilem Biar Biasa Biasa Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post