Telefilem Bro Jenin Di Astro Ria

Telefilem Bro Jenin Di Astro Ria

Saksikan telefilem Bro Jenin yang akan menemui penonton pada 27 April 2023 (raya keenam), bersiaran pada hari Khamis, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem yang ditayangkan khas sempena Hari Raya ini merupakan terbitan syarikat produksi Heritage Movies Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dharma Nasution dengan nukilan skrip daripada Adza Emie.

Sinopsis Telefilem Bro Jenin

Telefilem Bro Jeni menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Daiyan Trisha, Azizul Ammar, Malle Christian, Zahari Huzir, Siti Hajar, ALong Eyzendy, Pablo Amirul dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Jenin
  • Daiyan Trisha sebagai Emily
  • Azizul Ammar sebagai Abil
  • Malle Christian sebagai Temah

Ianya mengisahkan tentang Jenin yang jatuh dari pokok tapi telah masuk ke zaman moden (kini). Beliau telah berjumpa dengan seorang animator bernama Emily.

Wujud perbezaan zaman dan pendapat maka terjadilah kisah-kisah lucu dan akhirnya, Jenin terpaksa pulang ke tempat asalnya.

Bagaimana Jenin mencari jalan pulang ke tempat asalnya?

Telefilem Bro Jenin Di Astro Ria

Telefilem Bro Jenin Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post