Telefilem Cucu Wan Di TV3

Telefilem Cucu Wan Di TV3

Saksikan telefilem Cucu Wan yang akan menemui penonton pada 9 April 2023, bersiaran pada hari Ahad jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Jaja Ishak Channel Sdn. Bhd., diarahkan oleh Isma dengan nukilan skrip dan idea asal daripada Azal Ezreen.

Sinopsis Telefilem Cucu Wan

Telefilem Cucu Wan menampilkan barisan pelakon seperti Zarra Zhaff, Khatijah Tan, Sharifah Sakinah, Dato' Fizz Fairuz, Amin Haridz, Nadhif Sazali, Andy Abdullah, Irama, Muhammad Anuar dan ramai lagi.

  • Zarra Zhaff sebagai Elisa
  • Khatijah Tan sebagai Wan
  • Sharifah Sakinah sebagai Intan
  • Fizz Fairuz sebagai Fariz
  • Nadhif Sazali sebagai Daniel
  • Amin Haridz sebagai Boboi
  • Irama sebagai Bedah

Ianya mengisahkan tentang dua orang kanak-kanak yang hidup di bandar mengimpikan untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah sepertimana di kampung.

Di sebabkan kesibukan kedua ibu mereka membuatkan mereka menggunakan helah untuk pulang ke kampung.

Telefilem Cucu Wan Di TV3

Telefilem Cucu Wan Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post